Friday, July 29, 2011

Last Day...

Waa...mcm2 perasaan dalam hati ni...tapi yang banyaknyer kesian kat Aisyah...

Hari ni Aisyah last day kat Taska Permata UKM K.L...dari die 2 bulan sampailah sekarang 1 tahun 10 bulan...Aisyah dijaga sementara ku kerja di Taska Permata ni...ada manis dan ada pahitnya...biasala tak semua tempat pun perfect...

Yang paling ku sedih nak tinggalkan ialah Kak Ros (tukang masak kat taska ni). Semalam Kak Ros cakap "Janganlah tinggalkan Kak Ros..." dan dan tu jugak air mataku berderai. Ku ni memang ler sangat2 sensitif...bab2 farewell ni lagi ler ku sedih...ibu nyer lak yang lebih2...Aisyah relax jer. Kak Ros walaupun bersuara mcm garang...tapi penyayang sangat2...suker bdk2...pandai masak lak tuh (of course la kan....), pandai pujuk budak kalo nangis...especially Aisyah yang slalu nangis kalau gi taska pepagi sbb selalunyer Aisyah tido dalam kete. Walaupun ku bukan staf UKM (my hubby je yg staf), tapi ku yang slalu hantar n amik Aisyah n ku yang rapat dgn Kak Ros n penjaga yang lain.

Penjaga yang paham n pandai amik hati Aisyah ade 2 org selain kak Ros, Liza n Iman. Tapi Liza dah tamat kontrak. lamer gak Liza jge Aisyah dari die 2 bulan lagi. Aisyah takkan nangis kalau Liza ade mse datang taska. baru-baru ni Iman masuk keje n Iman sgt suker jge Aisyah..dan hari ni pun Iman last day...nak sambung blajar katenyer....baguslah...kerja sementara...dapat pahala kalau buat baik pada kanak-kanak...sayang kanak-kanak...bukan kerja untuk dpt gaji jer.

Kejap lagi nak gi taska, nak bagi souvenir skit...nak tangkap gambar kenangan Aisyah kat situ. tempat Aisyah membesar dan bermain.

Aisyah...kuatkan semangat yer sayang...

Wednesday, July 20, 2011

Tingginya Darjat Ibu Ayah

"Satu-satu...saya sayang ALLAH...dua-dua...sayang RASULULLAH...tiga-tiga sayang IBU AYAH..satu dua tiga..sayang semuanya..."

Lagu ni sering ku nyanyikan pada Aisyah, dan lagu ni juga tak asing bagi para-para ibu dan ayah di luar sane. Betapa tingginye darjat kedua ibu bapa kite. Tiada siapa yang layak ditempatkan di tempat tertinggi selepas ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Sayu hati ku membeca artikel ni. Ku petik daripada web AtapHijau. Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah ku untuk menjadi anak yang solehah dan permudahkanlah anak-anak ku untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...Aaamin.

Menyingkap sebuah kisah pada zaman Nabi Musa a.s, baginda adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?” tanya Nabi Musa. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t. Janganlah sia-siakan peluang yang ada untuk berbakti kepada mereka. Bak kata pepatah, seorang ibu mampu untuk membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Monday, July 11, 2011

Saaayaaang dieee...

Anak ibu....skang dah pandai sebut "Sayang Ibu Ayah" ... bahagienyer jadi seorang ibu... macam tu jugakler mak kiter biler kte sebut sayang mak kan...

Skang ni kalau tanyer nak nyanyi lagu aper...jawab Aisyah..."bintang...bintang...bebear..bintang bebear..." hihi...itu lagu favourite Nuraisyah Izzati...

N skang ni..dalam diam dah pandai mengire sendiri ...satu..dua..tiga...sampei sepuluh...kalau disuruh mmg x buat...

Daann...skang ni kalau dok dgn ibu...xleh nak berenggang...bile ayah ader...leh main dgn ayah...tp bile balik kampung ayah tak ikut...alamatnyer...xleh nak buat keje selagi anak ibu ni xtido...sme jugak ler kat rumah pun (biler ayah keje smpei malam)...smpei ke dapur ler anak ibu ni bawak bantal, baring kat dapur sambil minum susu...hihi...kalau kenduri ramei ler yg ckp anak ibu ni sayang sangat ibu dier...tak bagi ibu buat keje...hihi...untung gak ek...tp xsedap hati gak xbuat keje...

Daaannnn...skang ni ramei jugak ler yang cakap anak ibu nak teman...nak kawan...dan yang paling tepat...nak adik, sbb biler dah ader adik, perhatian dier dah kurang kat ibunyer...perhatian akan lebih ke adiknyer....hihi...yer la...anak ibu ni pun dah nak masuk 1 tahun 10 bulan...rayer ni genap ler 2 tahun...insyaAllah...

Aper pun...ibu sayang-sayang-sayang sgt kat anak ibu ni...rindu kat Nuraisyah Izzati...


Aduh...berdebarnyer...

Waaa...kenaperla ku rse sangat berdebar biler teringatkan perkara ni...

padahal..dulu-dulu aku dah pernah dah amik exam ni..n aku tak menaruh harapan langsung untuk lulus...tapi..skang ni...bilermaner dah susah sangat nak keje gomen...tibe-tibe nak jugak menaruh harapan untuk lulus exam ni...tapi...boleh ker...

Sampei ke hari ni...tak buat persiapan lagi...rmei jer yg bagi support gi redah jer...tapi...exam ni agak mencabar jugak sebenarnyer...

Sebelum ni...biler isi form SPA, tak pernah masukkan PTD ni, selepas gagal 1 kali...haha...so baru-baru ni...sje jer isi balik jawatan PTD ni...tup-tup panggil exam la plak...aiseh...biler sebut jer exam...muler ler kecut perut...

Ya Allah...permudahkanlah urusanku...bukakanlah pintu hatiku...sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku...Aaaminn..Ya Rabbal Alamin...

Rumah ku Idaman ku...

Hmm...yer ker rumah idaman...hmm sebenarnyer rumah tu dekat dgn tempat kerja husband ku...dan tak jauh jugak ler dgn tmpat keje ku...so banyak ler kemudahannyer...

Sehingga ke hari ni..dah masuk 4 bulan rumah yang kami sedang beli masih lagi dlm proses...proses yang kami dah lalui :

1. Agreement of Purchase - dah bayar booking 3% bertarikh 7 Mac 2011
2. Bank loan offer - dah dapat offer letter bertarikh 30 Mac 2011
3. Sales and Purchase Agreement - bertarikh 21 Jun 2011
- proses ni amik mase 3 bulan lebih disebabkan oleh rumah tu dah dapat "strata title", so banyak dokumen yang diperlukan untuk siapkan S n P ni. Kene tunggu surat daripada developer, tunggu surat ni dah amik maser 3-4 minggu. Tunggu dokumen2 lain daripada lawyer owner n dokumen daripada developer amik maser jugak. So...pada 20 Jun 2011 barulah kami boleh sign S n P ni.

Proses yang kami kene tunggu dan belum lalui :

1. Kene tunggu surat tukar hak milik daripada owner kepada kami drpd DBKL - amik maser 2 bulan
2. Dah dapat surat tukar hakmilik (geran), baru ler loan boleh diproses - amik maser 3 bulan or lebih maksimum 4 bulan
3. proses nak serahkan kunci sebelum dapat duduk rumah - amik mase sebulan

Kesimpulannya...lagi 6 bulan baru leh duduk rumah idaman kami...insyaAllah...

Banyak hikmahnyer walaupun kami lambat dapat rumah tu (apartment sebenonyer..hehe)
Antaranyer :

1. Kami tak perlu bersusah payah lagi lepas ni untuk tukar hakmilik lagi, lawyer skang dah uruskan sumenyer, so fee tambah skit jer. Kalau nak tukar lain kali, lawyer fee kene kire lain plak...Alhamdulillah Ya Allah...

2. Kedudukan kewangan mungkin akan bertambah baik skit menjelang tahun baru 2012 nnt...nak bayar bulanan rumah baru agak banyak jugak...insyaAllah..mudah-mudahan Allah murahkan rezki kami sekeluarga...

3. KWSP xleh kuarkan lagi, kene tunggu geran rumah baru leh apply - Alhamdulillah...sempat ler duit dlm KWSP tu bertambah dulu sebelum kuakan....

dan ader lagi hikmah-hikmah lain yang ku rse tak leh nak jelaskan...yang penting...setiap aper yang kita rancang, Allah yang akan aturkan dan tetapkan yang terbaik untuk kita. Ku n suami dah redha bile-bile dpt duk rumah tu pun xper...(walaupun sebelum ni, ku n suami mengomel itu ini disebabkan masalah-masalah berkaitan rumah ni) Alhamdulillah... Allah S.W.T. dah aturkan yang terbaik utk kami...