Tuesday, June 19, 2012

Warkah...

Salam Ziarah....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....

Berat...berat tangan ini nak menaip...ape yg tersimpan di qalbu ini...

Qalbu ini seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu yang sudah lama terpendam...
Qalbu ini merasakan bahawa...tidaklah lama lagi untuk ku atau orang-orang disekelilingku untuk bersenang lenang di dunia sementara ini...
Qalbu ini memperingatkan tentang alam yang seterusnya bakal ku lalui...

Ya...alam yang semua orang bila disebut...akan berkata " Hish tak baik cakap macam tu..."
Bukankah alam kubur itu benar...Ya...MATI itu benar...alam akhirat itu benar...alam penghisaban itu benar..titian sirat itu benar...syurga itu benar...neraka itu benar...
Allahu Robbi...
Sudah bersediakah dengan jawapan-jawapan untuk dijawab di alam kubur nanti...
Sudah adakah jawapan untuk dipersembahkan di akhirat sana...
Bolehkah kita melepasi titian Siratulmustaqim jika di hari penghisaban pun kita dah dicampakkan ke neraka...
Sesungguhnya Mati itu benar...tinggallah suami, anak, ibu bapa, adik beradik..saudara mara..kawan-kawan...duit simpanan...duit pelaburan...rumah..kereta...
Sesunggunya Mati itu amat dekat...amat hampir...
Setiap hari kita berhadapan dengan risiko maut..sesungguhnya tarikh mati itu hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui...
Setiap hari ada sahaja nyawa dipisahkan daripada jasad untuk berada di tempat yang sepatutnya...Allahu Robbi...

Dikesempatan yang ada ini, medium ini yang terbaik untuk ku mencoretkan secebis warkah untuk peninggalan insan-insan tersayang di sekelilingku...setelah aku sudah tiada di dunia ini...warkah ini juga peringatan untuk diriku sendiri sementara aku masih di dunia ini...hamba yang lemah ini sering lupa..alpa...lalai...sering buat dosa siang malam...Allahu Robbi...

Kepada suami yang tersayang...
Ampunkan segala salah silap isterimu ini, halalkan makan minum isterimu ini...sesungguhnya anugerah yang tidak ternilai dikurniakan Allah S.W.T kepada ku ialah seorang SUAMI yang sebenar-benar suami...terima kasih ALLAH...terima kasih abang...teruskan perjalananmu...teruskan perjuanganmu...insyaAllah akan bertemu apa yang dicari...

Kepada anakku yang tersayang....
Ibu amat risaukan masa depanmu..tapi jika ibu terus-terusan risau...maknanya ibu tidak percaya bahawa Allah Maha Mengetahui..Maha Bijaksana...jadi ibu berpegang pada, setiap insan itu pasti akan mencari erti kehidupan yang sebenar...tujuan kita dijadikan..dihidupkan kemudian...di MATI kan....dengan izin Allah dan dengan kehendakmu sayang, ibu percaya anak ibu akan mencari...bagaimana, bila, di mana, dengan siapa, kenapa mencari, apa yang dicari....oleh itu carilah jawapan itu wahai puteriku...melihatkan persekitaran sekarang yang penuh dengan maksiat dan kelalaian..ibu jadi gentar...cabaran membesarkanmu di zaman kehancuran ini amatlah berat...tetapi ini adalah yang perlu kita hadapi..tidak boleh mengelak walau sesaat...hanya MATI menjadi pemutus antara dunia dan alam seterusnya...jangan sesekali terleka dibuai kesenangan dan keseronokan dunia...tidak ada apa yang seronok dan bahagia di dunia ini...semuanya sementara...kebahagiaan yang ABADI adalah di samping Pencipta sekalian alam...ALLAH S.W.T....cari..dan cari..dan cari...berjalanlah di atas landasan yang benar...iaitu Al-Quran dan Sunnah...berhati-hati dalam mencari...berhati-hati dalam menilai sesuatu...berhati-hati dengan tipu daya iblis yang dilaknat...berhati-hati dengan kehendak nafsumu...jika ibu senaraikan di sini apa yang perlu dicari mungkin sampai bila-bila pun tidak akan habis...gunakanlah akal yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T untuk mencari jawapan...kerana sesungguhnya anak yang soleh dan solehah akan membawa ibu dan ayahnya bersama-sama menuju Ya Robb...carilah CINTA ALLAH S.W.T...sesungguhnya masa itu makin singkat..masa berlalu begitu pantas...jangan sesekali menangguhkan pencarianmu...belum tentu esok masih ada lagi untukmu sayang...jika ibu dan ayah sempat untuk mendidikmu...ibu dan ayah akan senantiasa berusaha mendidikmu dengan baik...jika ibu dan ayah tidak sempat untuk mendidikmu wahai anakku sayang...berpegang teguhlah pada Al-Quran dan Sunnah...

Kepada mak abahku...
Ampunkan segala salah silap anakmu ini..halalkan segala makan minum anakmu ini...sesungguhnya...telah banyak dosa-dosa kepada kalian berdua...tidak terbalas segala pengorbanan kalian berdua yang dicurahkan kepada anakmu ini...apa sangatlah budi yang sempat anakmu ini curahkan kepada kalian berdua...sesungguhnya masih lagi belum dapat title ' anak yang baik, solehah' ...hanya doa kesejahteraan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T anakmu ini panjatkan untuk kalian berdua...doakan anakmu ini berada di dalam kesejahteraan dan kerahmatan Allah S.W.T....sesungguhnya anakmu ini amat bersyukur dan bertuah menjadi anak kalian berdua...kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...pengorbanan membesarkan 7 orang anak dalam serba kekurangan...memberikan keinsafan pada diri ini...diri ini amat jarang mengucapkan kata-kata sayang kepada kalian berdua...tetapi ketahuilah...anakmu ini amat menyayangi kalian berdua...amat ingin melihat kalian berdua tersenyum bahagia...amat inginkan kalian berdua berada di kalangan orang-orang beriman di akhirat kelak...amat inginkan kalian menjejakkan kaki di Syurga yang kekal abadi...insyaAllah...selagi hayat masih ada...selagi ada turun naik nafas mu...masih belum terlewat untuk menuju kepada Robb sekelian alam...

Kepada adik beradikku....
Ampunkan segala salah silap adik, kakak mu ini...sesungguhnya diri ini belum lagi menjadi adik dan kakak yang baik...halalkan segala makan minum...jika ada hutang yang terlupa...mintalah pada diri ini, jika diri ini sudah tiada mintalah pada keluargaku...jika ada yang terlebih terkurang minta dihalalkan...adik-beradikku...sesungguhnya aku amat sayangkan kalian...ingatlah...kehidupan kita ini hanya satu tujuan..iaitu menuju alam yang kekal ABADI...tidak lain dari itu...bekerja tetap bekerja...berniaga tetap berniaga tetapi jangan sesekali mengabaikan ibadahmu wahai adik beradikku...kita hidup tak tahu sampai bila...esok belum tentu boleh ada lagi di dunia ni...jangan tunggu dah umur sekian-sekian baru ingin kembali kepada jalan yang diredhai Allah S.W.T...bila nyawa sudah sampai di kerongkong...sudah terlambat untuk menyesal...mudah-mudahan kita semua dapat mengucapkan kalimah Allah S.W.T di kala nyawa dicabut dari jasad....Aaamiiiinnn....terima kasih di atas segala pengorbanan adik-beradikku kepadaku...di kala susah dan senang...aku amat bahagia disamping kalian...

Kepada keluarga mertua, saudara mara, sahabat handai dan sesiapa yang mengenali diriku....
Ampun maaf ku pohon...halalkan makan minumku...jika ada yang terasa hati dengan kata-kata dan perbuatanku...ampunkan kesalahanku...diri ini tidak lepas dari melakukan kesalahan...terima kasih kerana menjadi teman-teman sepanjang kehidupanku di dunia ini...

Warkah ini hanyalah warkah ikhlas dari qalbu ini...qalbu ini bagaikan mengerti...amat-amat mengerti...cuma aku yang tidak tahu bila...biarlah warkah ini jadi dorongan untuk aku bersedia pada bila-bila masa...medium yang ada ini dapat ku coretkan dan mudah untuk aku membaca kembali...ingatlah wahai hamba Allah, isteri, anak, ibu, adik, kakak, ateh, teman, pekerja, pelajar.....tanggungjawab-tanggungjawab ini hanya boleh dilaksanakan di dunia yang sementara ini...tunaikanlah sebaik mungkin...tunaikanlah sewajarnya...mengikut aturan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah...sesungguhnya esok belum tentu masih ada untukmu....

Ikhlas, yang bernama ibu....

Tuesday, April 24, 2012

Tips & Panduan Membeli Rumah - Pengeluaran KWSP (Akaun 2)

Salam Ziarah,

Setelah dapat consent daripada DBKL, kami beberapa kali membuat permohonan untuk mengeluarkan wang KWSP daripada akaun 2. Proses ni pun daripada mudah jadi sukar disebabkan masalah tertentu. Sebelum tu saya senaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pengeluaran KWSP (perlu ada yang asal dan salinan yang disahkan oleh pegawai tertentu ataupun lawyer S n P kita pun boleh):

1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Salinan muka depan buku bank akaun simpanan @ surat pengesahan nombor akaun bank yang hendak dikreditkan terus oleh KWSP, kalau takder buku bank (surat ni boleh minta di mana-mana cawangan bank akaun simpanan kita)
2. Sale and Purchase Agreement
3. Jika rumah belum dapat 'title' , perlu ada surat daripada developer (selalunya surat ni lawyer S n P akan minta daripada developer untuk urusan buat S n P, jadi kalau takder, boleh minta pada lawyer S n P)
4. Kalau rumah dah dapat 'title', perlu 'consent' daripada DBKL (surat kebenaran pindah milik / mencagar tanah)
5. Offer letter daripada bank yang kita buat housing loan
6. Surat Permohonan Pengeluaran KWSP ( form ni sye pernah guna yang download drpd web KWSP, tapi tak valid , diorang akan suruh isi yang baru kat sane, maknanya, better dapatkan awal dari pejabat KWSP yang terdekat - masa sye mohon ni Mac 2012, akan datang mungkin diorang dah update)

Dokumen yang disebutkan di atas ialah untuk Pembelian Rumah Daripada Individu, kalau nak tahu dokumen yang diperlukan kalau beli daripada pemaju or ahli keluarga or lain, lain, boleh cek di sini.

Masalah yang sye hadapi ialah :

1. Alamat property yang hendak dibeli pada offer letter housing loan dengan alamat property pada S n P tak sama. Bukan 100% tak sama, tapi tak sama pada nama jalan, nama bandar. So yang ni pun kena make sure sama dan tepat.
 - So apa yang kami perlu buat ialah, minta bank tersebut keluarkan surat mengesahkan bahawa alamat yang tertulis di dalam offer letter bank tu adalah sama dengan alamat pada S n P. kedua-dua alamat menunjukkan property yang sama. Surat ni ambil masa 3 ke 4 hari. So surat ini disertakan sekali dengan offer letter housing loan.
2. Surat 'consent' yang dikeluarkan oleh DBKL ada 2 page, tapi yang bawa page depan je, so dia nak 2 page tu jugak. Sedangkan page kedua ialah signature2 je. tapi dah dia nak perlu le sediakan jugak.

So, bila dah lengkap form and dokumen, boleh la pergi ke pejabat KWSP yang terdekat. Sampai kat sane:

1. Perlu pergi ke bahagian Semakan Borang Permohonan & Dokumen dulu, baru ambil nombor. Kalau terus je beratur panjang nak ambil nombor dulu, sampai giliran kita dia akan suruk cek borang n dokumen dulu, then kena beratur lagi sekali, so elakkan lah.
2. Dah ambil nombor, boleh lah tunggu giliran untuk dipanggil.oleh pegawai bertugas.
3. Sampai giliran, dia akan cek dengan detail semua dokumen kita, kalau ada yang musykil, dia akan rujuk pada pegawai atasan, kalau tak puas hati jugak, permohonan kita tak lengkap then kena betulkan semula.
4. Lepas dia dah puas hati n dokumen kita lengkap, kita akan diberi surat kenyataan bahawa permohonan kita diterima dan sedang diproses.
5. Status permohnan kita boleh cek dari masa ke semasa melalui i-akaun KWSP kita. Mudah kan. kalau dah released duit tu, jumlah akaun 2 kita pada penyata akan berkurangan..isk...isk...tunggulah beberapa tahun lagi untuk penuhkan balik.

Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah mengikut sayrat-syarat berikut:



PEMBELIAN RUMAH MILIK INDIVIDU

PEMBELIAN BERSAMA SUAMI / ISTERI ATAU AHLI KELUARGA TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

PINJAMAN PERUMAHAN 100%

PEMBELIAN TANPA PINJAMAN / SECARA TUNAI
10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)


Untuk maklumat lanjut, atau kemusykilan kalau guna Skim Rumah Pertama ker, boleh call terus ke bahagian khidmat pelanggan KWSP : Tel: 03-8922 6000.

Sekian, sye menulis berdasarkan pengalaman, kalau ader sebarang kesalahan dan kekurangan harap dimaafkan. Wassalam...

Monday, April 23, 2012

Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand - Part Last

Salam Ziarah,

Urusan terakhir dalam pembelian rumah ialah :

- processing housing loan, iaitu pembayaran baki pinjaman 90% daripada bank yang kita wat housing loan kepada bank owner atau lawyer owner.

Urusan ini akan dilaksanakan oleh lawyer loan dan pihak bank dan kalau kita tak desak lawyer loan n bank untuk buat urusan dengan cepat, memang akan tertangguh lama. Tapi, Alhamdulillah, lawyer yang kami berurusan ni cukup cekap, efisyen dan pantas dalam melaksanakan tugasnya. Selepas dapat 'consent' daripada DBKL on last February, my lawyer terus submit advise letter to bank yang proses housing loan kami. Rupenyer kami dah sign loan agreement masa sign S n P yang lepas. Memang tak ingat dah.

Then, today sye call bank tersebut untuk tahu status baki hutang 90% tu mcm maner, then Alhamdulillah bank dah released cheque and ready to collect by my lawyer. Dalam masa 2 bulan, processing housing loan selesai, cepat dari tempoh jangkaan. Syukran Jazillan Ya Allah. Selalunya, proses ni la yang menjadi igauan para pembeli rumah, sebab kalau proses ini berlanjutan lebih daripada 90 hari daripada tarikh sign S nP (kami punya ikut tarikh dapat consent daripada DBKL), maka pembeli akan dikenakan interest seperti yang disebutkan dalam S n P. jadi, pastikan lawyer dan bank berurusan dengan cepat.

Setelah melalui pelbagai kesukaran dalam berurusan membeli rumah ni, akhirnya selesai jua urusan ini.
Kami just tunggu surat dari bank tersebut yang menyatakan berapa perlu bayar setiap bulan mengikut interest yang telah dipersetujui. Alhamdulillah, akhirnya rumah tersebut sudah pun bertukar nama tapi di bawah cagaran bank..hihi.

Alhamdulillah....apartment ni la yang kami berurusan daripada Mac 2011 sehingga ke hari ini April 2012.


The Lumayan Apartment, bandar Sri Permaisuri Cheras.

Friday, March 2, 2012

Setelah Sekian Lama

Salam Ziarah...

Last update ttg rumah ku pada July 2011 dan sekarang Februari 2012...

kami baru terima 'Consent' daripada DBKL berkenaan ttg "Kebenaran Pindahmilik" dan juga 'Strata Title' seperti yang ku pernah sebutkan sblm ni. Alhamdulillah...Terima Kasih Ya Allah...

So, baru berkurang satu proses, still ader lagi proses yang belum selesai :

1. Kami dah dapat surat tukar hakmilik (geran), so tengah tunggu loan agreement yang dibuat oleh lawyer panel bank - amik maser 3 bulan or lebih maksimum 4 bulan

2. Sign loan agreement

Skarang ni kami dah pun pindah ke rumah tu, tapi sebagai penyewa. Alhamdulillah, lepas negotiate dgn owner tu, dptlah kurangkan byrn sewa, standard sewa RM 950 ke RM 1000, kami dpt RM 700. So nnt dah selesai urusan dengan pihak bank, barulah kami fikirkan utk renovate...InsyaAllah...

Segala ketentuan Allah S.W.T itulah yg terbaik...Alhamdulillah....

Friday, October 21, 2011

Blur...

Hmmm...dah lamer tak tulis entry...
makin blur jadinyer...

dan blur lagi...

hmm...

Friday, July 29, 2011

Last Day...

Waa...mcm2 perasaan dalam hati ni...tapi yang banyaknyer kesian kat Aisyah...

Hari ni Aisyah last day kat Taska Permata UKM K.L...dari die 2 bulan sampailah sekarang 1 tahun 10 bulan...Aisyah dijaga sementara ku kerja di Taska Permata ni...ada manis dan ada pahitnya...biasala tak semua tempat pun perfect...

Yang paling ku sedih nak tinggalkan ialah Kak Ros (tukang masak kat taska ni). Semalam Kak Ros cakap "Janganlah tinggalkan Kak Ros..." dan dan tu jugak air mataku berderai. Ku ni memang ler sangat2 sensitif...bab2 farewell ni lagi ler ku sedih...ibu nyer lak yang lebih2...Aisyah relax jer. Kak Ros walaupun bersuara mcm garang...tapi penyayang sangat2...suker bdk2...pandai masak lak tuh (of course la kan....), pandai pujuk budak kalo nangis...especially Aisyah yang slalu nangis kalau gi taska pepagi sbb selalunyer Aisyah tido dalam kete. Walaupun ku bukan staf UKM (my hubby je yg staf), tapi ku yang slalu hantar n amik Aisyah n ku yang rapat dgn Kak Ros n penjaga yang lain.

Penjaga yang paham n pandai amik hati Aisyah ade 2 org selain kak Ros, Liza n Iman. Tapi Liza dah tamat kontrak. lamer gak Liza jge Aisyah dari die 2 bulan lagi. Aisyah takkan nangis kalau Liza ade mse datang taska. baru-baru ni Iman masuk keje n Iman sgt suker jge Aisyah..dan hari ni pun Iman last day...nak sambung blajar katenyer....baguslah...kerja sementara...dapat pahala kalau buat baik pada kanak-kanak...sayang kanak-kanak...bukan kerja untuk dpt gaji jer.

Kejap lagi nak gi taska, nak bagi souvenir skit...nak tangkap gambar kenangan Aisyah kat situ. tempat Aisyah membesar dan bermain.

Aisyah...kuatkan semangat yer sayang...

Wednesday, July 20, 2011

Tingginya Darjat Ibu Ayah

"Satu-satu...saya sayang ALLAH...dua-dua...sayang RASULULLAH...tiga-tiga sayang IBU AYAH..satu dua tiga..sayang semuanya..."

Lagu ni sering ku nyanyikan pada Aisyah, dan lagu ni juga tak asing bagi para-para ibu dan ayah di luar sane. Betapa tingginye darjat kedua ibu bapa kite. Tiada siapa yang layak ditempatkan di tempat tertinggi selepas ALLAH S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.

Sayu hati ku membeca artikel ni. Ku petik daripada web AtapHijau. Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah ku untuk menjadi anak yang solehah dan permudahkanlah anak-anak ku untuk menjadi anak-anak yang soleh dan solehah...Aaamin.

Menyingkap sebuah kisah pada zaman Nabi Musa a.s, baginda adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t, “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?” Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara! Apa agama kamu?” tanya Nabi Musa. “Aku agama Tauhid”, jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu.” Kata Nabi Musa.

“Wahai tuan hamba”, kata pemuda itu. “Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.”, sambungnya.
“Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.”, tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. ‘Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami.”

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : “Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga.” Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah s.w.t. Janganlah sia-siakan peluang yang ada untuk berbakti kepada mereka. Bak kata pepatah, seorang ibu mampu untuk membesarkan 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.