Assalamualaikum..
Salam Ziarah,
Setiap hari yang kita lalui..setiap hari yang kita hadapi..seringkali kita mendengar keluh kesah, seringkali kita mendengar rintihan sahabat, sanak saudara, keluarga yang menimpa musibah...suatu hari nanti kita juga akan melaluinya. Setiap hari kita akan melihat keburukan dan kelemahan orang lain, kita akan melihat kesilapan orang lain dalam melakukan sesuatu dan juga setiap hari kita juga akan melalui kesulitan dan kepayahan dalam melaksanakan sesuatu amanah Allah SWT.
TETAPI...pernahkan kita memikirkan segala kesulitan, kelemahan, kepayahan, musibah yang menimpa adalah kerana apa ? Seringkali kita mendengar jika ada sesuatu musibah yang menimpa, kesulitan yang menimpa, kelamahan yang orang lain ada, kesilapan yang orang lain lakukan, kesilapan yang kita lakukan...seringkali akan dituding kepada orang lain. Semuanya salah si polan, salah orang lain...TETAPI tidak pernah sekali kita MENYULUH dalam DIRI, semua yang berlaku ini mempunyai asbab musababnya. Semua yang berlaku baik atau buruk segalanya untuk mengajar DIRI supaya tidak melakukan sedemikian. Jika tidak berlaku kejadian itu, tidaklah kita tersedar daripada kesenangan yang berpanjangan. Jika berlaku musibah, lihat balik apa yang pernah kita lakukan sebelum ini, sehinggakan diberi ujian semacam itu. Tidak Allah jadikan sesuatu dengan sia-sia. Mesti ada hikmahnya. Kita merasakan sesuatu itu baik untuk kita, sedangkan Allah TAHU sesuatu itu tidak baik untuk kita pada ketika itu. Kita merasakan sesuatu itu tidak baik untuk kita, sedangkan Allah TAHU sesuatu itu baik untuk kita pada ketika itu. Ajarlah DIRI untuk MENYULUH DIRI.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman, “ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang2 yang dusta.". (Surah al-Ankabut : 2-3)
Jika seseorang itu benar-benar beriman, dia tidak akan pernah mengaku dirinya beriman. Jika seseorang itu benar-benar bertakwa, tidak pernah sesekali dia mengatakan yang dia bertakwa, ahli syurga, banyak pahala. Siapa kita untuk menilai diri kita, siapa kita untuk meletakkan kita di kalangan yang arif, kita tidak lain hanya HAMBA yang menurut segala perintah Nya kerana kita ini HAMBA...menerima segala kesulitan, ujian yang berlaku atas kesilapan diri kita jua, berlaku untuk memberi peringatan kepada kita bahawa kita perlu menjadi lebih baik daripada itu, peringatan bahawa kita masih lagi mempunyai masa untuk memilih jalan ke hadratNya. Semuanya yang berlaku kerana Ar-Rahman dan Ar-Rahim Allah Taala kepada kita. Kerana kasih dan sayangnya Allah Taala kepada hambanya. Jika kita mengharapkan teguran daripada orang di sekeliling kita, orang kesayangan kita, belum tentu akan berkekalan. Tetapi kasih dan sayang Allah pada kita tidak pernah terputus, setiap hari masih lagi diberikan udara untuk kita bernafas, masih diberikan makanan untuk kita makan.
Kadangkala teguran atau peringatan daripada Allah SWT itu datang daripada bermacam keadaan. Daripada kejadian-kejadian, daripada teguran keluarga, teguran sahabat, ceramah-ceramah dan lain-lain. Tetapi seringkali kita tidak mengambil kisah tentang teguran ini. Jika ada ahli keluarga, sahabat yang menegur, akan dikatakan " kau pun lebih kurang sama jer, nak tegur orang plak.." ataupun "Ala, dia tu tunjuk bagus jer, ilmu agama pun tak sebanyak mana" . Betapa pentingnya kita untuk MENYULUH dalam diri kerana, teguran atau kata-kata nasihat yang diberikan itu bukanlah daripada si polan, TETAPI daripada ALLAH S.W.T. Jangan kita lihat perangai si pemberi nasihat, tetapi, lihatlah pada kata-kata yang diucapkan..kerana sesungguhnya segala KALAM yang baik, yang terkeluar daripada hamba Allah itu merupakan KALAM daripada Allah lah jua.
Siapa kita untuk menghukum orang lain di atas kesilapan yang dilakukan, siapa kita..? Kita ini ibarat debu yang berterbangan. Bila-bila masa boleh dilenyapkan oleh Robbul Alamin. Masih ada masakah kita untuk mencari kesilapan orang lain sedangkan DIRI kita masih terumbang ambing, sedangkan kita nanti akan ke Alam Kubur jua, sedangkan kita nanti akan meninggalkan segala yang ada di dunia ini. Allahu Robbi...selagi masih bernafas, ini sajalah masa yang ada untuk menuju ke hadratNya. Masih adakah masa untuk mengejar kekayaan, masih ada masakah lagi untuk mengejar MASTER, PHD...mengejar kebanggaan orang sekeliling (riak dan takabur), sedangkan sekarang tanda-tanda hari akhirat sudah menghampiri. Kehidupan dunia atau kehidupan yang ABADI yang kita idamkan ?
Itulah kepentingan dalam hidup kita apabila kita senantiasa berada di dalam jalan yang diredhai Allah S.W.T. Kita akan senantiasa berfikiran positif, setiap kejadian yang berlaku adalah kerana peringatan Allah S.W.T terhadap hambaNya yang seringkali terleka, seringkali terlupa. Sesungguhnya, zikir yang terbaik untuk hamba Allah seperti kita ini tidak lain tidak bukan adalah 'Astagfirullah al azim....'. Kerana sesungguhnya manusia tidak terlepas daripada nafsu. Setiap manusia berbeza-beza nafsunya. Istigfarlah apabila nafsu menguasai diri, sesunguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Wallahualam.
Nukilan : Yang Bernama Hamba
Thursday, January 3, 2013
Friday, December 7, 2012
Ilmu...
Assalamualaikum, salam ziarah...
Bila bercerita tentang ilmu, ramai daripada kita akan berkata 'sambung belajar lah selagi boleh...untuk masa depan yang cerah, untuk kerjaya yang lebih baik, dan ...'. Tapi pernah terfikir tak ilmu yang mana satu yang wajib dituntut, yang harus dan tidak harus dan sebagainya. Seperti yang telah dinyatakan oleh hadis-hadis Rasulullah S.A.W....
"Barang siapa berjalan untuk menuntut ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. "
(HR. Muslim).
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka dia berada di jalan Allah sampai dia kembali. "
(Shahih Tirmidzi)
Ilmu yang bagaimana yang betul-betul menempatkan kita di sisi Allah...?
Itulah ilmu Allah S.W.T. Ilmu Allah amatlah luas...jika dibandingkan ilmu yang manusia miliki, seumpama setitis ilmu kita, seluas lautan ilmu yang Allah miliki..malah lebih daripada itu...tak terjangkau dek fikiran kita. Segala-gala yang ada di langit dan di bumi, di seluruh alam semesta..segala-galanya adalah Hak Milik Allah Taala. Segala-galanya adalah ilmu Allah S.W.T. Segala teknologi-teknologi yang canggih sekarang baik dari senjata, telekomunikasi, kenderaan dan sebagainya, percaya tak bahawa itu adalah ilmu Allah jua. Hebat macam-mana pun seseorang itu, maka berganda-ganda hebat lagi Allah Taala. Jadi, apa sangatlah kita ni yang hendak dibangga-banggakan.
Siapa yang MENGAKU bahawa dirinya bijaksana, genius dan sebagainya dek kerana USAHANYA bersusah-payah mendapatkan ijazah, sarjana, PHD dan sebagainya...maka dirinya bohong belaka ataupun dirinya telah dibohongi oleh Syaitan laknatullah. Ini adalah kerana, kebijaksaan dan kecerdikan yang dimiliki bukan miliknya tetapi milik Allah S.W.T. Segala-galanya yang diberikan Allah kepada dia hanyalah kerana dengan izinNya, jika ditarik balik izinNya, maka bila-bila masa boleh ditarik balik. Jadilah ia seorang yang huru-hara hidupnya, hilang ingatan, nyanyuk dan sebagainya dek kerana tidak pernah mensyukuri ilmu yang dipinjamkan oleh Allah. Dek kerana ilmu yang dipinjamkan itu tidaklah dia lebih merasakan tawaduk, tidak menjadikan dia lebih merendah diri, tidak menjadikan dia lebih malu dengan Allah untuk meminta-minta, tidak menjadikan dia lebih takut dengan seksaan Allah, dan tidak merasakan dirinya kerdil di sisi Allah. Nauzubillah...
Oleh itu, ilmu bagaimana yang dapat menempatkan diri kita mulia di sisi Allah S.W.T. Itulah ilmu mengenal Allah S.W.T. Ramai yang berkata ilmu itu amat mendalam, belum sampai masa lagi untuk belajar, jauh sangat ilmu tu. Tetapi lupakah kita terhadap Hadis Qudsi :
"Awaluddin Ma’rifatullah” (Ertinya “Awal-awal agama Mengenal Allah“)
Bukankah sudah jelas lagi nyata bahawa awal-awal ilmu yang wajib kita dahului ialah ilmu Mengenal Allah. Tetapi bukan dengan cara mengenal bagaimana rupa Allah, Allah ada itu, Allah ada ini...siapa kita untuk membayang-bayangkan rupa Allah yang Maha Suci. Siapa kita...kita hanyalah Hamba...Hamba yang belum tentu dapat melepasi titian sirat pun...Hamba yang sangat-sangat sedikit ilmuNya. Sedangkan Nabi Musa yang ingin melihat Allah sekalipun tidak mampu menanggungnya, tidak dapat membayangkan kecantikan, keindahan Allah S.W.T., inikan kita yang orang awam ini mengatakan Allah ada itu, Allah ada ini. Nauzubillah...
Jadi, macam-mana nak mengenal Allah. Oleh itu, berdasarkan Hadis Qudsi yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. :
"Barangsiapa yang mengenal diri, maka dia akan kenal Allah Taala. Barangsiapa yang mengenal Allah, maka binasalah diri dan seluruh yang ada di muka bumi ini"
Binasalah diri bermakna, apabila kita telah betul-betul mengenal diri, dari segi asal usul kejadian diri, unsur-unsur yang ada dalam diri, mana yang hidup, mana yang mati, untuk apa dihidupkan di dunia ni, maka diri kita telah menuju Ma'rifatullah. Diri ini hanya mempunyai satu kebergantungan iaitu Allah Taala. Bekerja hanyalah semata-mata kerana amanah Allah, diri tidak bergantung kepada duit dan kekayaan kerana keyakinan yang dimiliki bahawa makan minum pakai segalanya daripada Allah. Diri yang sebenar-benar diri telah menemui cinta yang agung iaitu Cinta Allah S.W.T.
Diri tidak lagi sombong dengan orang sekelilingnya, diri tidak lagi angkuh dengan kekayaan, diri tidak lagi merasa bangga dengan kejayaannya, bangga dengan apa yang dimiliki, diri tidak lagi bersungut dengan kesusahan dan kepayahan yang dihadapi. Maka dengan itu, mudahlah diri untuk menuntut ilmu, diri lebih memahami kalimah syahadah yang dilafazkan, diri lebih mendapat khusyuk dalam solat, diri lebih tawaduk dalam berpuasa, diri lebih ikhlas dalam mengeluarkan zakat dan seterusnya diri telah mendapat darjat ilmu yang tinggi sehinggakan dapat menunaikan haji yang mabrur.
Renunglah, diri ini juga peringatkan kepada diriku sendiri. Musuh-musuh Islam bukan sahaja menggunakan senjata yang hebat untuk membunuh umat Islam, tetapi musuh-musuh Islam menggunakan ilmu sebagai cara untuk mematikan hati umat-umat Islam, sebagai cara untuk memesongkan ilmu umat-umat Islam. Bersolat, tetapi tidak tahu solat itu untuk apa sebenarnya, tidak kenal dengan Robb yang berada 'dihadapannya' tatkala solat. Berdoa, tetapi tidak ada adab dalam berdoa kepada Robb nya, malah masih tidak kenal Robb nya. Membaca Al-Quran, tetapi tidak mengerti secara mendalam apa sebenarnya Al-Quran, rahsia-rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran. Menutup aurat, tetapi tidak mengerti yang mana aurat yang mana tidak. Berlebih-lebihan dalam perbuatan-perbuatan seharian. Inilah yang diingini oleh musuh-musuh Islam. Tidak hairanlah apabila tiba masa nanti, umat-umat Islam amat mudah ditumbangkan oleh musuh-musuh Islam.
Tanyalah dalam diri...adakah kita sebenarnya sudah betul-betul ISLAM...apa itu ISLAM...cukupkah dengan melaksanakan 5 rukun Islam tetapi tidak benar-benar menghayati dan mengerti apa sebenarnya ISLAM...renungkanlah...
Carilah ilmu yang sebenar-benar ilmu..carilah ilmu Allah di sekian pelosok alam. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan kekasihnya, dengan orang yang berilmu.
Renungkanlah...Wallahualam...
Nukilan : Yang Bernama Hamba...

Monday, October 15, 2012
Peperangan
Assalamualaikum & Salam ziarah,
"Peperangan yang lebih besar daripada perang UHUD dan KHANDAK dan lain lain ialah 'peperangan dalam diri sendiri (hati / rohani)'. Setiap saat denyut jantung ku ini, akan ku terus berperang. Sesungguhnya iblis itu menanti saat dan ketika untuk merosakkan anak Adam! Sekiranya ku tiada senjata (Zikrullah), nescaya ku pasti akan kecundang! Keluar masuk nafas anak Adam adalah Zikrullah. 6,666 sehari semalam nafas keluar dan masuk, maka sekiranya anak Adam tidak bersenjata, pasti akan kecundang ! "
Kata-kata di atas ku petik daripada sebuah blog, tak ingat blog mana. Untuk peringatan diri ini pada hari ini dan hari-hari mendatang. Wallahualam.

Monday, July 23, 2012
Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand - Pertukaran Nama utilities & Cukai Part 2
Assalamualaikum & Salam Ziarah,
Minggu lepas ku ade ceritakan serba sedikit mengenai proses pertukaran nama untuk TNB, SYABAS, Indah Water & Cukai Pintu. Di sini sye ringkaskan dokumen2 yang perlu dibawa semasa proses pertukaran nama nanti :
1. TNB
- Borang pertukaran nama (diisi oleh pemilik baru & ditandatangani , borang boleh didapati di mana-mana cawangan)
- Salinan IC pemilik baru
- Salinan Perjanjian Jual Beli (S & P) 1 set (sila bawa yang asal untuk rujukan)
- Setem hasil RM 10 , 2 keping (boleh dibeli di mana-mana cawangan Pejabat Pos) & matikan setem di LHDN / bawak borang TNB then terus ke LHDN untuk matikan setem (digalakkan ambil borang dulu di mana-mana cawangan TNB baru gi matikan setem)
- Deposit / wang cagaran (amaun bergantung pada bil masing-masing, boleh rujuk pada bil TNB rumah dibeli)
- Caj proses, RM 3
- Sebelum buat pertukaran, hendaklah jelaskan tunggakan bil
- Untuk rumah ku, urusan perlu buat di cawangan Jalan Klang Lama sahaja.
2. SYABAS

- Deposit / wang cagaran (RM100 - Rumah jenis teres/apartment) atau (RM150 - Semi -D atau banglo) - Caj proses, RM30

- Untuk rumah ku, urusan perlu buat di cawangan Jalan Pantai Baru, K.L
3. Indah Water
- Salinan / scan Perjanjian Jual Beli (S & P) ; halaman yang menunjukkan nama pemilik lama & baru, alamat premis dan pengesahan tandatangan kedua-dua pihak yang berkenaan.
- Dokumen tersebut boleh dihantar menerusi emel care@iwk.com.my atau dikirimkan menerusi faks ke 03-20956002 atau diposkan ke alamat berikut:-
INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD
JABATAN PERHUBUNGAN PELANGGAN
ARAS 1 BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50490 KUALA LUMPUR

- Untuk berurusan melalui emel sahaja, perlu menyatakan terlebih dahulu urusan pertukaran nama kepada IWK Customer Service, untuk memudahkan mereka memproses permohonan pertukaran nama
- Sebarang pertanyaan boleh dimajukan ke Talian Bebas Tol 1800883495 bagi keterangan lanjut
Untuk urusan pertukaran nama cukai pintu, ku masih belum dapatkan maklumat lanjut. InsyaAllah akan datang, akan ku update untuk cukai pintu.
Sekian, wallahualam.

Wednesday, July 18, 2012
Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand - Pertukaran Nama Utilities & Cukai
Assalamualaikum...Salam ziarah,
Sebegitu lame ku menunggu, ingatkan dh selesai proses semuanya, rupanya masih ada baki-baki urusan yg belum diselesaikan. Bank juga sebenarnya masih belum menyerahkan sepenuhnya amaun belian kepada owner, disebabkan dokumen2 masih belum completely transfered. Jadi, buat masa sekarang, kami perlu bayar faedah kepada pihak bank ke atas amaun yang telah diserahkan kepada owner. Urusan-urusan yang penting ini ialah :
1. Pastikan bayaran maintenance, cukai pintu, cukai tanah, indah water diselesaikan terlebih dahulu oleh owner. Jika rumah masih belum diduduki, pastikan juga bayaran TNB (elektrik) dan SYABAS (air) telah dijelaskan. Untuk kes ku, kami dah sewa rmh tu, so api air, bulanan kami dh byr sendiri, cuma yang lain-lain owner kene bayar sehingga Jun 2012 (mengikut persetujuan kami dgn owner). Selalunya, lawyer kita yang akan memastikan kesemua hutang piutang owner telah dijelaskan melalui lawyer owner, tapi lebih baik pembeli pun tahu supaya tidak timbul kekeliruan. Jika owner masih tidak menjelaskan hutang tersebut, pembeli boleh juga mendahulukan bayaran, tetapi perlu maklumkan kepada lawyer kita supaya boleh ditolak dari amaun belian yang akan dikeluarkan oleh pihak bank untuk di refund kepada kita.
2. Kesemua perkara di atas adlh penting untuk lawyer kita mempercepatkan urusan dalam mendapatkan geran baru untuk owner baru. Tetapi menurut lawyer ku, yang betul2 penting ialah, maintenance, cukai tanah dan cukai pintu.
3. Untuk kes ku, cukai tanah perlu bayar kepada management, kerana management yg akan membayar kepada pihak DBKL. Supposedly owner yang kene bayar, tetapi disebabkan ku dah dok kat rmh tu, then ku tolong bayarkan untuk mempercepatkan urusan, dalam RM 12 lebih jer utk setahun. Setelah bayar, dapatkan salinan resit bayaran cukai tanah tadi untuk diserahkan kepada lawyer kita. Cukai pintu pun sama, owner yg perlu bayar kepada DBKL direct, dan maintenance bayar kepada management (untuk rumah apartment or condo). Resit2 td perlu diserahkan kepada lawyer kita secepat mungkin untuk mereka menghantar permohonan (present) kepada DBKL utk mendptkan geran.
4. Pada tahap ni, ade lagi masalah yg timbul sebelum lawyer nak present ke DBKL, iaitu salinan IC owner tak jelas, nama dan no IC xdpt dibaca. Oleh itu, mereka tak boleh nak proceed selagi tak dptkan yang jelas kerana jika mereka still present menggunakan dokumen sedia ada, maka berkemungkinan besar, permohonan ditolak, dan permohonan semula perlu dilakukan. Proses ini akan mengambil masa yang lama. Proses ni tak melibatkan pembeli, semua urusan diuruskan oleh lawyer kita, dan sepatutnya resit2 bayaran td semuanya disediakan oleh owner melalui lawyer owner.
5. Seterusnya proses pertukaran nama untuk TNB , SYABAS, Indah Water dan Cukai Pintu. Semua proses pertukaran nama perlu dibuat di cawangan tertentu sahaja. Setiap pertukaran ada caj proses, cagaran dan lain-lain. Persediaan untuk pergi buat pertukaran nama ialah, sediakan :
a. Salinan IC
b. Salinan S n P
c. Borang pertukaran nama (borang boleh didapati di mana-mana cawangan)
Sebaik-baiknya sediakan 4 set untul salinan-salinan di atas. Untuk TNB (baru tnye TNB shj) , perlukan salinan2 di atas dan setem hasil RM 10 (2 keping), wang cagaran (bergantung pd bil elektrik masing-masing) dan wang proses RM 3. Untuk kes ku, perlu pergi ke TNB cawangan Jalan Klang Lama untuk pertukaran nama. Wang cagaran owner akan dipulangkan sendiri oleh pihak TNB. Untuk SYABAS, Indah Water dan Cukai Pintu, akan ku update setelah dpt maklumat terkini.
Sehingga ke hari ini, sudah 1 tahun dan 4 bulan proses pembelian rumah masih belum selesai. InsyaAllah dan Alhamdulillah, segalanya dalam pengetahuanNya. Setiap kesulitan atau kemudahan yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat. Wallahualam.

Tuesday, July 17, 2012
Sudah Sampai Janji denganNya
Assalamualaikum...
Tanggal 13hb Julai 2012, jam 3.20 petang, dengan limpahan rahmat Allah S.W.T dan restu ayah dan ibu, si kecil yang masih belum menjejakkan kaki ke tanah milik Allah telah berpindah ke alam sementara (alam barzakh) menunaikan janjinya dengan Robbul Alamin. Si comel merupakan anak buahku yg ke-12, permata hati adik perempuanku. Setiap kali mengenangkan arwah, qalbu ni merasa sayu teramat. Anak-anak buahku bagaikan anak-anakku sendiri juga, apatah lagi melihatkan keadaan diri si kecil yang terlantar di NICU selama 3 hari sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya yang tersayang. Allahu Robbi...segala-galanya dalam pengetahuan Ilmu Mu yang Maha Luas, tidaklah terjangkau dek akal fikiran hamba yang lemah ini untuk mempertikaikan segala yang telah disuratkan.
Ateh doakan agar anak buah ateh yg ateh rindu ini ditempatkan bersama org-org mukmin, dan ketahuilah..semua yang berada disekeliling ibumu amat menyayangimu dan merinduimu. Ateh tahu, anak buah ateh telah pun merasai kehadiran ibu dan ayahmu semasa di NICU, Alhamdulillah... MasyaAllah, SubhanAllah, Allahu Akbar, kuatkan semangat adik dan adik iparku dalam menghadapi dugaan yang berat ini.
Alhamdulillah..Setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap hamba yang berfikir, akan dapat berjumpa dengan rahmat Allah di sebalik kejadian-kejadian yang berlaku.
Al Fatihah buat Nur Syifa' Izara...

Tuesday, June 19, 2012
Warkah...
Salam Ziarah....
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....
Berat...berat tangan ini nak menaip...ape yg tersimpan di qalbu ini...
Qalbu ini seolah-olah ingin menyampaikan sesuatu yang sudah lama terpendam...
Qalbu ini merasakan bahawa...tidaklah lama lagi untuk ku atau orang-orang disekelilingku untuk bersenang lenang di dunia sementara ini...
Qalbu ini memperingatkan tentang alam yang seterusnya bakal ku lalui...
Ya...alam yang semua orang bila disebut...akan berkata " Hish tak baik cakap macam tu..."
Bukankah alam kubur itu benar...Ya...MATI itu benar...alam akhirat itu benar...alam penghisaban itu benar..titian sirat itu benar...syurga itu benar...neraka itu benar...
Allahu Robbi...
Sudah bersediakah dengan jawapan-jawapan untuk dijawab di alam kubur nanti...
Sudah adakah jawapan untuk dipersembahkan di akhirat sana...
Bolehkah kita melepasi titian Siratulmustaqim jika di hari penghisaban pun kita dah dicampakkan ke neraka...
Sesungguhnya Mati itu benar...tinggallah suami, anak, ibu bapa, adik beradik..saudara mara..kawan-kawan...duit simpanan...duit pelaburan...rumah..kereta...
Sesunggunya Mati itu amat dekat...amat hampir...
Setiap hari kita berhadapan dengan risiko maut..sesungguhnya tarikh mati itu hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui...
Setiap hari ada sahaja nyawa dipisahkan daripada jasad untuk berada di tempat yang sepatutnya...Allahu Robbi...
Dikesempatan yang ada ini, medium ini yang terbaik untuk ku mencoretkan secebis warkah untuk peninggalan insan-insan tersayang di sekelilingku...setelah aku sudah tiada di dunia ini...warkah ini juga peringatan untuk diriku sendiri sementara aku masih di dunia ini...hamba yang lemah ini sering lupa..alpa...lalai...sering buat dosa siang malam...Allahu Robbi...
Kepada suami yang tersayang...
Ampunkan segala salah silap isterimu ini, halalkan makan minum isterimu ini...sesungguhnya anugerah yang tidak ternilai dikurniakan Allah S.W.T kepada ku ialah seorang SUAMI yang sebenar-benar suami...terima kasih ALLAH...terima kasih abang...teruskan perjalananmu...teruskan perjuanganmu...insyaAllah akan bertemu apa yang dicari...
Kepada anakku yang tersayang....
Ibu amat risaukan masa depanmu..tapi jika ibu terus-terusan risau...maknanya ibu tidak percaya bahawa Allah Maha Mengetahui..Maha Bijaksana...jadi ibu berpegang pada, setiap insan itu pasti akan mencari erti kehidupan yang sebenar...tujuan kita dijadikan..dihidupkan kemudian...di MATI kan....dengan izin Allah dan dengan kehendakmu sayang, ibu percaya anak ibu akan mencari...bagaimana, bila, di mana, dengan siapa, kenapa mencari, apa yang dicari....oleh itu carilah jawapan itu wahai puteriku...melihatkan persekitaran sekarang yang penuh dengan maksiat dan kelalaian..ibu jadi gentar...cabaran membesarkanmu di zaman kehancuran ini amatlah berat...tetapi ini adalah yang perlu kita hadapi..tidak boleh mengelak walau sesaat...hanya MATI menjadi pemutus antara dunia dan alam seterusnya...jangan sesekali terleka dibuai kesenangan dan keseronokan dunia...tidak ada apa yang seronok dan bahagia di dunia ini...semuanya sementara...kebahagiaan yang ABADI adalah di samping Pencipta sekalian alam...ALLAH S.W.T....cari..dan cari..dan cari...berjalanlah di atas landasan yang benar...iaitu Al-Quran dan Sunnah...berhati-hati dalam mencari...berhati-hati dalam menilai sesuatu...berhati-hati dengan tipu daya iblis yang dilaknat...berhati-hati dengan kehendak nafsumu...jika ibu senaraikan di sini apa yang perlu dicari mungkin sampai bila-bila pun tidak akan habis...gunakanlah akal yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T untuk mencari jawapan...kerana sesungguhnya anak yang soleh dan solehah akan membawa ibu dan ayahnya bersama-sama menuju Ya Robb...carilah CINTA ALLAH S.W.T...sesungguhnya masa itu makin singkat..masa berlalu begitu pantas...jangan sesekali menangguhkan pencarianmu...belum tentu esok masih ada lagi untukmu sayang...jika ibu dan ayah sempat untuk mendidikmu...ibu dan ayah akan senantiasa berusaha mendidikmu dengan baik...jika ibu dan ayah tidak sempat untuk mendidikmu wahai anakku sayang...berpegang teguhlah pada Al-Quran dan Sunnah...
Kepada mak abahku...
Ampunkan segala salah silap anakmu ini..halalkan segala makan minum anakmu ini...sesungguhnya...telah banyak dosa-dosa kepada kalian berdua...tidak terbalas segala pengorbanan kalian berdua yang dicurahkan kepada anakmu ini...apa sangatlah budi yang sempat anakmu ini curahkan kepada kalian berdua...sesungguhnya masih lagi belum dapat title ' anak yang baik, solehah' ...hanya doa kesejahteraan dan kerahmatan daripada Allah S.W.T anakmu ini panjatkan untuk kalian berdua...doakan anakmu ini berada di dalam kesejahteraan dan kerahmatan Allah S.W.T....sesungguhnya anakmu ini amat bersyukur dan bertuah menjadi anak kalian berdua...kasih sayang yang tidak berbelah bahagi...pengorbanan membesarkan 7 orang anak dalam serba kekurangan...memberikan keinsafan pada diri ini...diri ini amat jarang mengucapkan kata-kata sayang kepada kalian berdua...tetapi ketahuilah...anakmu ini amat menyayangi kalian berdua...amat ingin melihat kalian berdua tersenyum bahagia...amat inginkan kalian berdua berada di kalangan orang-orang beriman di akhirat kelak...amat inginkan kalian menjejakkan kaki di Syurga yang kekal abadi...insyaAllah...selagi hayat masih ada...selagi ada turun naik nafas mu...masih belum terlewat untuk menuju kepada Robb sekelian alam...
Kepada adik beradikku....
Ampunkan segala salah silap adik, kakak mu ini...sesungguhnya diri ini belum lagi menjadi adik dan kakak yang baik...halalkan segala makan minum...jika ada hutang yang terlupa...mintalah pada diri ini, jika diri ini sudah tiada mintalah pada keluargaku...jika ada yang terlebih terkurang minta dihalalkan...adik-beradikku...sesungguhnya aku amat sayangkan kalian...ingatlah...kehidupan kita ini hanya satu tujuan..iaitu menuju alam yang kekal ABADI...tidak lain dari itu...bekerja tetap bekerja...berniaga tetap berniaga tetapi jangan sesekali mengabaikan ibadahmu wahai adik beradikku...kita hidup tak tahu sampai bila...esok belum tentu boleh ada lagi di dunia ni...jangan tunggu dah umur sekian-sekian baru ingin kembali kepada jalan yang diredhai Allah S.W.T...bila nyawa sudah sampai di kerongkong...sudah terlambat untuk menyesal...mudah-mudahan kita semua dapat mengucapkan kalimah Allah S.W.T di kala nyawa dicabut dari jasad....Aaamiiiinnn....terima kasih di atas segala pengorbanan adik-beradikku kepadaku...di kala susah dan senang...aku amat bahagia disamping kalian...
Kepada keluarga mertua, saudara mara, sahabat handai dan sesiapa yang mengenali diriku....
Ampun maaf ku pohon...halalkan makan minumku...jika ada yang terasa hati dengan kata-kata dan perbuatanku...ampunkan kesalahanku...diri ini tidak lepas dari melakukan kesalahan...terima kasih kerana menjadi teman-teman sepanjang kehidupanku di dunia ini...
Warkah ini hanyalah warkah ikhlas dari qalbu ini...qalbu ini bagaikan mengerti...amat-amat mengerti...cuma aku yang tidak tahu bila...biarlah warkah ini jadi dorongan untuk aku bersedia pada bila-bila masa...medium yang ada ini dapat ku coretkan dan mudah untuk aku membaca kembali...ingatlah wahai hamba Allah, isteri, anak, ibu, adik, kakak, ateh, teman, pekerja, pelajar.....tanggungjawab-tanggungjawab ini hanya boleh dilaksanakan di dunia yang sementara ini...tunaikanlah sebaik mungkin...tunaikanlah sewajarnya...mengikut aturan yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah...sesungguhnya esok belum tentu masih ada untukmu....
Ikhlas, yang bernama ibu....

Subscribe to:
Posts (Atom)