Monday, May 9, 2011

Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand - Part 2

Kiter proceed ke langkah seterusnya. Lepas dah tau had limit korang n dah tau rumah maner yg nak beli, then :

4. Buat appointment dgn tuan rumah or ejen utk tengok rumah tu. Then korang negotiate ler sebaik mungkin utk dapatkan the best price for the best home. Make sure rumah tu bawah market value or hampir2 yer. Kalau dua-dua pihak dah setuju dgn price n condition2 tu, bolehlah anda membayar 3% booking daripada harga rumah tu. Macam contoh kat atas td, harga rumah RM 185 000, so booking yang kene bayar ialah RM 5550.

Peringatan utk semua, kalau boleh jangan la bagi cash. Buat la bank draf or cek. So maser ejen or tuan rumah minta booking, bagi ler dalam RM100 or RM 200 dulu. So esok lusa baru ler bagi balance tu. Booking sikit tu utk make sure diorang tak bagi org lain tengok dah rumah tu. Mase bagi duit booking tu, ejen akan bagi surat Agreement to Purchase dan resit bayaran. Dalam surat ni ade dinyatakan harga rumah, alamat rumah, syarat-syarat tambahan, nama pembeli, nama penjual dan nama ejen. Pastikan semua maklumat benar baru sign. Agreement to Purchase n resit ni penting sangat, so simpan baik-baik untuk rujukan akan datang.

5. Selepas dah bayar booking 3% kepada ejen atau tuan rumah, minta pada tuan rumah salinan Sale n Purchase Agreement ( S n P) untuk rumah tu. Ini pun sangat penting untuk submit dokumen ke bank. Selalunya tuan rumah akan bagi untuk mempercepatkan urusan jual beli rumahnya.

Peringatan - Selepas Agreement to Purchase dah di sign, korang ade mase 15 hari bekerja sahaja untuk menyediakan S n P baru. Jika tidak, mungkin akan dikenakan tindakan, jika tiada sebab munasabah (bergantung pada budi bicara owner).

6. Skarang bolehlah cari lawyer untuk uruskan Sale n Purchase Agreement yang baru. Mase nak cari lawyer ni, tanyer la panel bank yang berdaftar dengan syarikat guaman lawyer tu. Ini akan memudahkan proses loan korang nanti.

Bila dah tetapkan lawyer untuk S n P baru, lawyer akan minta salinan dokumen2:
a) Salinan kad pengenalan
b) Alamat rumah yang ingin dibeli
c) Salinan Agreement ro purchase
d) Salinan resit booking
e) Nama owner or ejen yang menguruskan perjanjian booking
f) Nama, alamat, no tepon lawyer kepada owner (Selalunya owner akan ada lawyer sendiri, tapi try negotiate if owner nak guna lawyer yang sama dengan lawyer korang, kalau owner guna lawyer yang sama, lebih mudah dan cepat urusan)

7. Sambil lawyer buat S n P baru, korang juga kene submit dokumen ke bank-bank panel or bukan panel untuk dapatkan kelulusan loan perumahan tersebut. Lagi cepat lagi baik utk dapatkan offer dari bank untuk pinjaman perumahan tu. Lebih baik hantar ke beberapa buah bank, JANGAN satu bank jer. Salinan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk submit ke bank ialah (kalau pinjaman bersama, submit utk kedua-dua suami dan isteri) :

a) Salinan kad pengenalan
b) Salinan slip gaji 3 bulan terkini
c) Salinan penyata bank gaji masuk
d) Salinan penyata KWSP untuk tahun terkini
e) Salinan EA form / Cukai Pendapatan
f) Salinan S n P lama untuk rumah yang ingin dibeli
g) Salinan Agreement to Purchase n resit booking
h) Salinan offer letter untuk pinjaman-pinjaman lain (cth : kereta, personal loan- bank nak make sure bulanan untuk pinjaman tu benar)
i) Surat pengesahan majikan (surat yang menyatakan majikan, jawatan, taraf kerja, gaji dan lain-lain)
j) Jika korang ader buat full settlement untuk maner2 pinjaman dalam tahun tersebut, dapatkan surat Full Settlement daripada organisasi tu. Submitkan sekali ke bank.
k) Borang permohonan pinjaman perumahan (akan dibeikan oleh pihak bank) dan di sign.

Selainnya bergantung pada pihak bank kalau ade dokumen tambahan yang diperlukan. Selalunya, bank akan nilaikan (market value) dahulu rumah tersebut. Jika rumah tu di bawah market value, bank takder masalah nak proses permohonan korang. Tapi kalau rumah tu di atas market value...masalah menanti. Itu sebab korang kena cek awal2 dgn bank market value rumah tu sebelum bayar booking lagi. So takder la burn booking tu nanti. Lain bank, lain market value walaupun untuk rumah yang sama.

8. Follow up - Follow up dengan lawyer. Kene selalu follow up dengan lawyer sebab nak make sure siap S n P dalam masa 15 hari bekerja. Selalunya owner juga perlu serahkan dokumen2 nya kepada lawyer owner tu sendiri n bile dah lengkap, lawyer korang kene compilekan semua n masukkan dlm S n P agreement yang baru nnt. So kalau owner yang lambat, yang menimbulkan masalah, yang menyebabkan S n P baru siap lambat, korang takder masalah dah.

- Follow up dengan bank, kalau boleh kerap la yer, untuk dapat tau status permohonan loan, nak tau berapa bank boleh offer untuk pinjaman perumahan korang tu. Kadang-kadang pihak bank ni kalau tak follow up, lambat ler diorang nak call kiter. Kalau boleh, kene tau cepat status loan, mudah skit keje kan.

9. Bila bank dah luluskan loan, mungkin korang kene pilih yang maner satu offer yang terbaik. Setiap bank akan suruh korang sign dulu offer letter, tapi JANGAN... Buatlah keputusan yang terbaik untuk pilih bank maner yang korang nak buat loan. Selalunya, bila offer letter dah keluar, bank akan bagi tempoh tertentu untuk korang sign offer letter tu. Kalau melepasi tarikh tu, offer letter akan terbatal.

Upss..tambahan...contoh bank yang bagi offer terbaik :

a) interest rendah
b) lock in period 3 tahun or less (rsenye xde yang less dah)
c) Lawyer fees free (utk bank)
d) MRTA xmahal sangat

So pertimbangkanlah yang sebaiknya....

So, skarang kene tunggu S n P siap dulu yer, baru boleh pergi langkah seterusnya. Tunggu...

2 comments:

  1. jom wat ni...suka2

    http://2011journeyme.blogspot.com/2011/05/gimme-five.html

    ReplyDelete
  2. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete