Wednesday, May 11, 2011

Dah Pandai Mengira...!!! Kagumnya Ibu...

Hati ibu maner yang tak seronok biler tengok dan merasai sendiri perubahan dan pembesaran anak kecilnya. Sebelum ni tak giat menulis kat blog ni..so banyak pengalaman yang dah terlepas. Tapi kali ni ku betul2 rase seronok bila Aisyah dah pandai mengira pada umur 1 tahun 7 bulan ni.

Semalam mase dalam kereta, aku saje2 mengira 1, 2, 3.. dengan Aisyah. Mula-mula dia main-main jer. Selepas 2, 3 kali aku ulang, Aisyah mengikut turutan nombor 1, 2, 3. Aku sebut 1, Aisyah sebut 2, aku sebut 3, Aisyah sebut 4, aku sebut 5, Aisyah sebut 6 dan seterusnya sampai Aisyah sebut 10. Ya Allah...gembiranya hati aku. Alhamdulillah, maknanye selama ni aku sebut je, dia ingat rupenyer. Memang ajaib ciptaan Allah S.W.T.

Aisyah....ibu sayang sangat anak ibu ni.


Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand

Kali ni nak citer tentang lawyer fees untuk S n P. Selalunya fees untuk lawyer dianggarkan sebanyak 2 % daripada harga rumah. Bagi contoh rumah RM 185,000, anggaran fees ialah RM 3,700. Maybe plus minus 2 ke 3 ratus. Begantung kepada lawyer korang. Kalau boleh maser diorang bagi quotation tu, tengok ler betul2 aper bayaran-bayaran yang di list kan.

Salah satu yang utama ialah duti setem untuk penukaran hak milik (MOT; Memorandum of Transfer) . Untuk pembelian rumah pertama, korang layak menerima 50% diskaun untuk duti setem ni. Kalau tak guna 50 % ni untuk rumah pertama, boleh guna untuk 2nd time beli rumah. So hanya dapat sekali jer diskaun untuk duti setem. Cara pengiraan duti setem ialah:

RM 100,000 pertama - 1 %
RM 101,000 - 500,000 - 2 %
RM 501,000 selebihnya - 3 %

Contoh untuk rumah berharga RM 185,000 ialah:

RM 100,000 pertama - 1 % = RM 1,000
RM 85,000 - 2 % = RM 1,700

Jumlah = RM 2,700

So, lepas diskaun, duti setem ialah RM 1,350.

Maser lawyer bagi quotation tu, minta ler diskaun untuk fees S n P ni, insyaAllah diorang akan bagi. Bolehlah ringankan beban kewangan korang.

Fees untuk lawyer bank pun lebih kurang 2 % daripada harga rumah. So untuk lawyer fees jer dah dekat 7 k untuk beli rumah ni. Jadi banyakkan la menyimpan untuk beli rumah yer. Ader jugak bank wat promotion free untuk lawyer fees. Fees ni untuk urusan loan, so bank yang akan bayar kepada lawyer kiter.

Ader jugak bank yang tak masukkan MRTA dalam jumlah loan kiter. So, kene ler bayar MRTA cash jugak. MRTA pun lebih kurang 2 % daripada harga rumah. Bergantung pada bank jugak. Ader yang rendah, ader yang tinggi. So, buatlah pilihan yang sebaiknya.

Monday, May 9, 2011

Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand - Part 2

Kiter proceed ke langkah seterusnya. Lepas dah tau had limit korang n dah tau rumah maner yg nak beli, then :

4. Buat appointment dgn tuan rumah or ejen utk tengok rumah tu. Then korang negotiate ler sebaik mungkin utk dapatkan the best price for the best home. Make sure rumah tu bawah market value or hampir2 yer. Kalau dua-dua pihak dah setuju dgn price n condition2 tu, bolehlah anda membayar 3% booking daripada harga rumah tu. Macam contoh kat atas td, harga rumah RM 185 000, so booking yang kene bayar ialah RM 5550.

Peringatan utk semua, kalau boleh jangan la bagi cash. Buat la bank draf or cek. So maser ejen or tuan rumah minta booking, bagi ler dalam RM100 or RM 200 dulu. So esok lusa baru ler bagi balance tu. Booking sikit tu utk make sure diorang tak bagi org lain tengok dah rumah tu. Mase bagi duit booking tu, ejen akan bagi surat Agreement to Purchase dan resit bayaran. Dalam surat ni ade dinyatakan harga rumah, alamat rumah, syarat-syarat tambahan, nama pembeli, nama penjual dan nama ejen. Pastikan semua maklumat benar baru sign. Agreement to Purchase n resit ni penting sangat, so simpan baik-baik untuk rujukan akan datang.

5. Selepas dah bayar booking 3% kepada ejen atau tuan rumah, minta pada tuan rumah salinan Sale n Purchase Agreement ( S n P) untuk rumah tu. Ini pun sangat penting untuk submit dokumen ke bank. Selalunya tuan rumah akan bagi untuk mempercepatkan urusan jual beli rumahnya.

Peringatan - Selepas Agreement to Purchase dah di sign, korang ade mase 15 hari bekerja sahaja untuk menyediakan S n P baru. Jika tidak, mungkin akan dikenakan tindakan, jika tiada sebab munasabah (bergantung pada budi bicara owner).

6. Skarang bolehlah cari lawyer untuk uruskan Sale n Purchase Agreement yang baru. Mase nak cari lawyer ni, tanyer la panel bank yang berdaftar dengan syarikat guaman lawyer tu. Ini akan memudahkan proses loan korang nanti.

Bila dah tetapkan lawyer untuk S n P baru, lawyer akan minta salinan dokumen2:
a) Salinan kad pengenalan
b) Alamat rumah yang ingin dibeli
c) Salinan Agreement ro purchase
d) Salinan resit booking
e) Nama owner or ejen yang menguruskan perjanjian booking
f) Nama, alamat, no tepon lawyer kepada owner (Selalunya owner akan ada lawyer sendiri, tapi try negotiate if owner nak guna lawyer yang sama dengan lawyer korang, kalau owner guna lawyer yang sama, lebih mudah dan cepat urusan)

7. Sambil lawyer buat S n P baru, korang juga kene submit dokumen ke bank-bank panel or bukan panel untuk dapatkan kelulusan loan perumahan tersebut. Lagi cepat lagi baik utk dapatkan offer dari bank untuk pinjaman perumahan tu. Lebih baik hantar ke beberapa buah bank, JANGAN satu bank jer. Salinan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk submit ke bank ialah (kalau pinjaman bersama, submit utk kedua-dua suami dan isteri) :

a) Salinan kad pengenalan
b) Salinan slip gaji 3 bulan terkini
c) Salinan penyata bank gaji masuk
d) Salinan penyata KWSP untuk tahun terkini
e) Salinan EA form / Cukai Pendapatan
f) Salinan S n P lama untuk rumah yang ingin dibeli
g) Salinan Agreement to Purchase n resit booking
h) Salinan offer letter untuk pinjaman-pinjaman lain (cth : kereta, personal loan- bank nak make sure bulanan untuk pinjaman tu benar)
i) Surat pengesahan majikan (surat yang menyatakan majikan, jawatan, taraf kerja, gaji dan lain-lain)
j) Jika korang ader buat full settlement untuk maner2 pinjaman dalam tahun tersebut, dapatkan surat Full Settlement daripada organisasi tu. Submitkan sekali ke bank.
k) Borang permohonan pinjaman perumahan (akan dibeikan oleh pihak bank) dan di sign.

Selainnya bergantung pada pihak bank kalau ade dokumen tambahan yang diperlukan. Selalunya, bank akan nilaikan (market value) dahulu rumah tersebut. Jika rumah tu di bawah market value, bank takder masalah nak proses permohonan korang. Tapi kalau rumah tu di atas market value...masalah menanti. Itu sebab korang kena cek awal2 dgn bank market value rumah tu sebelum bayar booking lagi. So takder la burn booking tu nanti. Lain bank, lain market value walaupun untuk rumah yang sama.

8. Follow up - Follow up dengan lawyer. Kene selalu follow up dengan lawyer sebab nak make sure siap S n P dalam masa 15 hari bekerja. Selalunya owner juga perlu serahkan dokumen2 nya kepada lawyer owner tu sendiri n bile dah lengkap, lawyer korang kene compilekan semua n masukkan dlm S n P agreement yang baru nnt. So kalau owner yang lambat, yang menimbulkan masalah, yang menyebabkan S n P baru siap lambat, korang takder masalah dah.

- Follow up dengan bank, kalau boleh kerap la yer, untuk dapat tau status permohonan loan, nak tau berapa bank boleh offer untuk pinjaman perumahan korang tu. Kadang-kadang pihak bank ni kalau tak follow up, lambat ler diorang nak call kiter. Kalau boleh, kene tau cepat status loan, mudah skit keje kan.

9. Bila bank dah luluskan loan, mungkin korang kene pilih yang maner satu offer yang terbaik. Setiap bank akan suruh korang sign dulu offer letter, tapi JANGAN... Buatlah keputusan yang terbaik untuk pilih bank maner yang korang nak buat loan. Selalunya, bila offer letter dah keluar, bank akan bagi tempoh tertentu untuk korang sign offer letter tu. Kalau melepasi tarikh tu, offer letter akan terbatal.

Upss..tambahan...contoh bank yang bagi offer terbaik :

a) interest rendah
b) lock in period 3 tahun or less (rsenye xde yang less dah)
c) Lawyer fees free (utk bank)
d) MRTA xmahal sangat

So pertimbangkanlah yang sebaiknya....

So, skarang kene tunggu S n P siap dulu yer, baru boleh pergi langkah seterusnya. Tunggu...

Friday, May 6, 2011

Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand- Part 1

Assalamualaikum...

Sempena ku dan hubby ku sedang berusaha keras untuk membeli rumah pertama kami (apartment je pun)...aku nak coretkan sikit2 panduan ringkas utk sesape yang bercadang nak beli rumah. Rumah kami pun terawang-awang lagi...dah masuk bulan ke-2 , Sale n Purchase (SnP/SPA) Agreement pun tak sign lagi...ish-ish-ish...

Ok la...kat sini langkah-langkah awal yang perlu diambil bila dah ader keinginan nak beli rumah:

1. Cek dgn mane-mane bank (kalau boleh lebih dari 2 bank lebih baik), untuk gaji sebanyak tu dan komitmen (segala pinjaman dan kredit di dlm pay slip) sebanyak tu, berapa harga rumah yang layak untuk korang beli.

Slalunya bank akan minta slip gaji 3 bulan, 3 bulan statement akaun (bank yang dimasukkan gaji) dan penyata kwsp yang terkini (kalau perlu). Kalau nak buat pinjaman perumahan bersama suami/isteri, bawa dokumen kedua-duanya sekali. Pegawai akan buat kira-kira dan korang boleh la tau berapa nilai rumah yang layak untuk dibeli.

Sebabnya, kalau pegi main redah je cari rumah dulu, nanti bila dah byr booking, loan tak lepas lak..kan dah burn booking tu.

2. Tapi...boleh juga kalau nak buat kira-kira sendiri. Misalkata dah berkenan dgn rumah yang korang tengok dalam mudah.my ker iproperty ker, or dah survey dkt2 dgn rumah sewa ker, and dah tau nilai jualan rumah tu braper, oleh la kira sendiri komitmen korang. Contoh kat bawah ni berdasarkan rumah yang dijual berharga RM 185 000.

A) Pendapatan

Gaji kasar isteri : RM 1800 (Gaji kasar = sebelum ditolak epf, dll dlm pay slip)
Gaji kasar suami : RM 2200

B) Komitmen (Bayaran bulanan pinjaman dan lain-lain):

Kredit di dalam slip gaji : RM 250
Pinjaman peribadi suami : RM 420
Pinjaman peribadi isteri : RM310
Pinjaman Kereta : RM 650

Kad Kredit (2% daripada limit kredit - bergantung kepada bank)
= 2 x 4000 / 100 : RM 80

C) Jumlah bulanan rumah bakal dibeli

Contoh harga rumah RM 185000, bulanan RM 832, berdasarkan kalkulator pinjaman perumahan (Termasuk MRTA - 5% dari harga rumah)

JUMLAH KOMITMEN = [ (Total B + Total C) / Total A ] x 100
= ( 2542 / 4000 ) x 100
= 63.5 %

3. So, bila dah tau jumlah komitmen, boleh cek dengan bank-bank yang berpotensi bagi tawaran menarik. Apa yang perlu ditanya bila nak menghubungi pihak bank ? Sebab pembeli rumah pertama kebanyakan tak familiar dgn soalan-soalan ni. Soalan-soalan yang perlu ditanya :

a. Berapa interest yang ditawarkan untuk rumah berharga sekian-sekian oleh bank ini ?
Selalunya dia akan jawab BLR minus 1.8 (lain bank lain minus nya) .BLR ialah Base Landing Rate yang ditetapkan oleh Bank Negara. BLR sekarang ialah 6.3 %. Jadi interest yang ditawarkan oleh bank tersebut ialah : 6.3 - 1.8 = 4.5 %. Minus BLR ni sebenarnya still boleh negotiate, untuk sesetengah bank ler. Try le negotiate ye.

b. Berapa peratus komitmen yang diluluskan oleh bank ini ?
Setiap bank peratus komitmen nya berbeza. Di bawah ialah peratus komitmen yang ku pernah tanya :

RHB - 55 %
Ambank - 65 %
Maybank - 70 - 80 %
Standard Chatered - 70 - 80 %
BSN - 70 - 80 %
Hong Leong - 70 - 80 %
Bank Islam - 70 - 80 %
(Range ni adalah berdasarkan pertanyaan ku pada bulan Mac n April 2011. Mane la tau skarang ni ade promotion dari bank-bank ni and bank lain, korang call la ye)

Maknanya, komitmen korang hendaklah tidak lebih dari range yang diberikan diatas ye. Jadi kalau berdasarkan contoh di atas, komitmen ialah 63.5 %, jadi banyak bank yang available untuk peminjam ini.

c. Market value untuk rumah tersebut berape yer?
Kalau dah tau alamat rumah yang nak dibeli tu, tanyer market value untuk rumah tersebut. Kalau tak tau alamat, just beritahu kawasan rumah tersebut. Kalau market value untuk rumah tersebut di atas nilai jualan, baru la proceed nak beli. Tapi kalau market value di bawah nilai jualan, lupakanlah rumah tu. Mungkin nanti korang kene tambah duit untuk beli rumah tu. Bank mungkin akan luluskan kurang dari 90 % loan sahaja.

d. Berapa nilai MRTA (secara kasar) yang dikenakan untuk rumah berharga sekian-sekian ?
MRTA ialah insuran untuk suami dan isteri (jika buat pinjaman bersama) jika salah seorang mati atau cacat kekal. Jika ini berlaku, salah seorang hanya perlu membayar sebanyak mana peratus bayaran bulanan yang dah ditetapkan semasa sign offer letter nanti. Selalunya suami isteri akan buat MRTA 50 % - 50 %. Jadi jika si suami meninggal dunia, isteri hanya akan membayar separuh daripada bayaran bulanan rumah berkenaan. Jika buat pinjaman perseorangan, MRTA akan 100 % ke atas peminjam. Maka, jika peminjam meninggal dunia, waris tidak perlu membayar satu sen pun ke atas rumah tersebut. Penting kan MRTA ni. Nilai MRTA pun bergantung kepada bank, setiap bank lain pengiraan nya. Tanya ler ejen bank tersebut ye.

e. MRTA dan lawyer fees untuk loan bank dimasukkan dalam loan atau peminjam perlu membayar sendiri ?
Ini pun berbeza untuk setiap bank. Ade bank, kedua-dua nya pun kita yang perlu bayar sendiri. Ader bank yang masukkan skali MRTA dan lawyer fees dalam loan. Dan ader jugak bank yang free untuk lawyer fees. So pandai-pandai la memilih bank maner yang bagi tawaran menarik yang boleh meringankan beban korang.

f. Berapa tahun 'lock-in-period- yang ditawarkan untuk bank ini ?
Lock-in-period ialah tempoh tahun di mana korang tak boleh jual atau re-finance untuk rumah tersebut. Jika korang still refinance atau jual sebelum tamat tempoh lock-in-period tu, korang akan dikenakan penalti (duit lagi). Skarang ni dah banyak bank offer lock-in-period 3 tahun. Dan ader jugak yang still 5 tahun. Try negotiate dgn bank.

Soalan-soalan di atas ni yang penting untuk ditanye, selainnya terpulang pada korang nak tanyer lain-lain lagi. Contohnya, berapa lama boleh tau status loan (approve atau tak setelah submit dokumen), untuk bank ni, brapa lama proses loan dan lain-lain lagi.

3 langkah-langkah di atas ialah step awal sebelum submit dokumen ke bank. Selepas dah kenal pasti rumah, dah berkenan dgn rumah sekian-sekian, dah wat pemeriksaan awal komitmen, then proceed ke langkah seterusnya :

Friday, December 3, 2010

Burger...ohh burger...

Dulu ku cukup pelik biler suamiku asyik beli burger kat 7 e area rumahku. Sedap sangat ker? hmm ader ler satu hari tu...nak gak cuber...ku pun memesan burger ayam...

Nak beli tu memang kene beratur..rasenyer setiap malam sangat-sangat bertuahler kalau gi beli tu terus dapat...tapi suami ku sangat ler penyabar kalau bab makan ni hehe...maser makan tu baru ler tahu aper rahsianyer...bagi ku rasenyer memang natural...ditambah dengan ader nenas...sayur banyak..sos n mayonis serasi bersama...bagi ku memang kalau makan skali nak lagi...bagi ku ler...

Balik dari Ipoh Hari Raya Haji bulan lepas ku n suamiku dah kempunan ler nak makan burger 7 e tu...nah hai...beratur panjang orang menunggu...hmm kempunan ler kami malam tu. Malam soknyer cuber lagi...alhamdulillah...tak ramei sangat..seperti biase...burger ayam utk ku...burger daging n benjo utk suamiku...tapi malam tu ku teringin sangat nak benjo jugak...so bertambah ler menu malam ku..2 ketul burger...huhu...maner ler tak sihat walafiat...

Sempat gak ku amik gambo gerai burger kat 7e tu...tapi kurang jelas..hujan renyai-renyai...

yang baju merah duduk di tembok tu tengah tunggu 2 benjo 1 burger ayam 1 burger daging...hehe

nama gerai tu Daily Burger...betul-betul sebelah 7 eleven taman seri gombak bawah...kitorang dok panggil burger 7 e jer...

Hehe...tak sabo nak makan...ecah dah tidur..tiba mase nak menikmati burger 7e...

Nampak memang biase jer...nyum...nyum...sedap ker ?



Nyumi...nyumi...aiseh..sejak diet ni dah lamer pendamkan hasrat makan burger ni lagi...tunggu yer..dah kurus nnt leh makan balik...pulak dah...

Friday, November 19, 2010

Manjoi...Kg. SG. Tapah Tambahan

Lamernyer tak update...nah hai...dari bulan june...aisyah pon dah besor panjang dah...

Baru-baru ni sempena Raya Aidiladha aku dan family ku (suami dan Aisyah) balik ke Ipoh...pertama kali balik beraya di rumah mak abah ku di Ipoh...ye la sebelum ni raya kat Gombak jer...maklumler dulu rumah mak ku kat Taman Bolton jer..mak mertua lak kat Sri Gombak jer...ku dok di area Gombak jugak...so balik berayer isi minyak rm10 pon tak abih lagi..skang ni mak ku dah pindah balik ke Ipoh..rumah di mana tempat ku membesar sampai umur aku 11 tahun...

sebelum balik ipoh tu ku dah family ku berayer dulu dgn mak mertuaku...dalam jam 10 malam kami bertolak balik...harap-harap dapat sampai awal..sok dah rayer haji...maser kat Stesen Minyak Petronas Sri Gombak pon dah penuh kereta..aiseh..ramai yang balik malam rayer rupenyer...dah terbayang jem kat highway...keluar jer dari Sri Gombak..nah hai...jem nyer dari bulatan jalan kuching sampei ke tol jalan gombak..berdasarkan pemerhatian daripada depan Sri Gombak tu..kereta tak bergerak menghala ke arah timur...al maklumler Raya Haji kat Pantai Timur lagi meriah kan...entah kul baper le depa sampei agaknyer...

Aku dan suami amik keputusan lalu highway jer..dah malam ni...tak brani nak lalu ulu yam, bahaya jalan gelap...trafik dari sg.buloh sampei ke behrang berjalan lancar..cumer kereta yang agak banyak memaksa kami utk bergerak perlahan...jem yang paling teruk pon kat susur keluar slim river..maser tu kemalangan yang mengorbankan 4 nyawa tu tak berlaku lagi..lebih kurang lepas sejam kami dah berlalu dari situ baru jadi..sebab adik-adikku yang balik lewat skit berselisih dengan accident tu..memang teruk kate depa..daripada pemerhatian kereta tu memang dah tak leh selamat dah...kate depa mase kat rumah mak ku...

lepas dari slim river tu dah clear skit..tapi kami still bawak slow..dalam perjalanan tu kami berdua (aisyah tgh mamai) asyik ceritakan tentang kematian...masing-masing dah berzikir berselawat...nak tidorkan aisyah...lebih kurang kul 2 pagi baru sampei rumah mak abah ku...itu pon lepas sesat kat pekan ipoh..haha klakar betul leh sesat...sebab kami susur keluar ikut gopeng...biler dah lepas gunung rapat tu dah banyak simpang...konon nak try gps...tapi tak ikut gps..ikut haluan sendiri...itu ler akibatnyer...tapi alhamdulillah selamat sampei jugak ke Kg.Sungai Tapah Tambahan...aisyah pon dah bangun balik biler jumper tok n tok wan dier...


Selang 15 minit...adik-adikku pon sampei rumah jugak..cerita pasal accident kat slim river..memang jem teruk sampei tak bergerak kate depa...alhamdulilah la depa selamat sampei jugak...kakak-kakak ku dan abangku tak pulang berayer..ader hal gamaknyer...

Aisyah sonok main dah tak ingat nak tidor...sian dier sebelum tidor tu dok mengelamun..rupenyer perut dier tak sdap..lepas minum usu jer..dier batuk2 terus muntah balik susu yg dier minum..tidor pon tak nyenyak...dah tu pagi rayer masing-masing bangun lambat...



kami semua gi berayer rumah sedara mara kat ipoh n chemor...petang tu dalam 6.45 baru bertolak balik ke k.l...sebelum balik sempat gi sek lamer ku kejap...Sek.Keb. Manjoi 2...sekolah ku dari darjah 1 sampei darjah 5 (sebulan je darjah 5)...sayu jer biler tangkap gambar kat situ..teringat kwn2 lamer yang dah kemaner2 dah..sumer terputus hubungan...tak dpt nak masuk sek tu..sebab dah nak maghrib...kami pon sambung perjalanan nak balik...



balik pon ikut laluan sama..singgah isi minyak kat Stesen Minyak Petronas kat Gunung Rapat...sempat isi borang peraduan my mesra baru sambung perjalanan...sepanjang perjalanan maintain jer bawak 100km/h..jimat minyak jugak ek...2 takuk jer jer turun skala minyak..kete pon tak banyak..ramei yg sambung cuti smpei sabtu ahad ler ni...dalam kul 10.30 mlm sampei rumah...alhamdulillah selamat sampei ke rumah ku...tak sempat nak gi rumah nenek suami ku..dah tak larat sgt dah...




Gambar yang terakhir ni sebenarnyer suami ku nak cuba teknik 'bulb'..tapi lampu tu nampak berlingkau-lingkau sebab bergegar2 kan kete tengah jalan...


Aisyah yang tak sihat...sian dier batuk kahak....suami ku jer yg uruskan aisyah sampei dier tidor...sian aisyah batuk2 sampei muntah keluar kahaknyer...

Selamat malam Aisyah...suami ku...

Thursday, July 1, 2010

Sejarah Keluarga...

19.09.2009...

10:00 am...waa esok tarikh cantik...my baby nak kua esok tak ek...hari ni last puase...esok nak pakai baju raye..siap dah beli jubah lepas warna turqoise kat ampang point...tak sabar nak berayer..(dlm hati...sempat ker aku rayer ni)...

14:00 pm...alamak..ader tanda...tapi skit jer..belum lagi kot...

15:30 pm...aiyak...tanda kua lagi...MIL suruh tunggu dulu..sbb takder sakit pon...my hubby pon dah cuak dah...hmm aku still relax lagi..tepon my mom dulu...tepon rakan seperjuangan dulu..tnye pendapat...ader yg suruh tunggu ader yg suruh gi spital...

16:30 pm...my hubby dah suruh siap2 nak gi spital...MIL pesan bawak serbuk milo dlm tupperware pjg dan telur mentah 2 biji (mkn maser dah nak bersalin nnt tau..pesan my MIL)..on da way ke Ampang Puteri (dari Gombak)...hujan turun dengan lebatnye...Ya Allah...selamatkanlah perjalanan kami...

17:15 pm...alhamdulillah sampei di luar Ampang Puteri..berenti tepi dulu...nak tengok ader contraction tak...siap leh gurau-gurau gelak-gelak lagi...

17:45 pm...atas nasihat seorang teman..terus gi emergency Ampang Puteri...takper la..redah jer la..anak 1st kan..tak tau cepat ker lambat ker...

18:00 pm...selesai register...nurse suruh aku naik wheelchair..haha klakar la plak..tak sakit pun kene dok wheelchair...duduk je ler..terus jer nurse tu tolak ker labour room (labour room sunyi sepi)..nak cek bukaan...gullpp...mcm maner la prosedurnyer...1st time ni...

18:30 pm...selesai check bukaan...midwife bagitau baru buka 1 cm..contraction ader tp slow..nak balik boleh..nak tunggu leh..kitorang decide masuk ward jer la...risau lak kalau balik tak tau ape jadi...

20:30 pm...hmm takder sakit ape2 pon...aku asyik dok ke hulu ke hilir berjalan keliling bilik tu...naik pening my hubby...siap wat exercise lagi...

21:00 pm...my family dtg melawat..my mom pelik tgk aku siap gelak2 gurau2..tak sakit ape2 pon..my mom siap bwk lemang lagi...risau anaknyer tak sempat nak mkn lemang soknyer..my mom advice balik rumah raye dulu kalau tak sakit pon..aku pon decide kalau sok takder ape2 sakit..aku nak balik rayer...hoyee...sempat rayer...

20.09.2009...

00:00 am...aiseh..takder rase ape2 pon...dah penat wat exercise ni...my hubby suruh minum milo campur telur mentah 2 biji tu..huahuahua..telan je la..takder rase telur pon..sdp jer...hmm nak tido tak leh tido..hmm..

03:00 am...zzz...zzz...zzz...

07:00 am...huargghhh...aik..takder rase pape pon...nurse pantau bacaan contraction (CTG)...No Contraction...hmm risau gak aku..tanda kua sepanjang malam...

08:30 am...nurse panggil, doktor on call nak jumper..aiseh..nasib baik dah mandi..maser withdraw small water ader ketulan darah skit..aiseh..ape plak ni..tanda lagi ker...dan skali lg kena cek bukaan..selesai ni ingat nak minta kat doktor nak balik beraye..tapi..bukaan dah 3 cm dan aku diminta ke labour room...

09:00 am...ader breakfast kat bilik..tp tak sempat nak makan..terus jer gi labour room..hmm tp still tak sakit lg...my hubby siap amik gambo aku dok posing kat katil labour room tu..nurse masukkan air ubat..aku siap tnye itu induce ker (maklumler tak tau induce camner)..nsb baik ler bukan..

10:15 am...contaction dah ader skit2..dan..pulp...air ketuban pecah...(mcm penutup botol gabus tercabut dari botol rasenye)...byk jugak air ketuban keluar..then..selepas itu...cek bukaan dah 6 cm lebih...contraction pon makin mengganas...tgn my hubby jd mangsa genggaman tgn aku...terdengar nurse2 tu kecoh ader patient bersalin dlm kete..hah kalau aku balik rumah agak2nyer jd camtu kot..nurse siap suruh buka tv plak..tengok le siaran2 hari rayer..syahdunya..tak dpt ler my hubby solat sunat Hari Raya thn ni...

12:00 pm...dah tak bleh tahan..raser mcm nak withdraw big water..my hubby terus panggil nurse..siap2 kan alatan2 sumer...sambil tu bergegar2 besi penghadang tu aku menahan sakit..contraction dtg selang seminit..fuhh..aku lak salah meneran dari perut..nurse suruh meneran mcm nak withdraw big water tu..aku pon aper lg contraction dtg jer..teran jer..tak sempat dah nak jager nafas..dah tak ingt ape yg belajar dlm kelas atenatal tu..dah dkt sejam aku teran tak kua jugak kpale baby..doktor decide vacuum..aiseh..kene vacuum la plak..doktor suruh teran lagi then doktor terus vacuum kepala baby..my hubby sempat tengok kepala baby dah kua tp bdn belum lagi..

13:33 pm...alhamdulillah selepas 2 kali meneran..akhirnya my baby selamat lahir ke dunia yg penuh cabaran ni..fuhh..hilang semua rase sakit tu..lega teramat sangat..lepas potong tali pusat baby..my baby mengangis...doktor terus jer letak my baby atas pangkuan aku...terkedu aku...anakku...air mataku mengalir..selesai nurse bersihkan baby timbang baby...3.73 kg...Ya Allah..patutla aku raser dah sarat sgt..berat rupenyer my baby...my hubby terus jer sujud syukur kat dlm labour room tu..dah tak kisah dgn nurse2 tu...1st time my hubby dukung my baby...gementar..tp digagahkan jugak...alhamdulillah..anak sendiri mesti boleh punyer...

14:00 pm...selesai nurse membersihkan diriku..nurse hulurkan my baby utk disusukan..keluar atau tak susu aku just bagi jer...my hubby plak dah ke lobby jumper familynya...tunjukkan gambar my baby..melompat2 diorang kat lobby...

14:30 pm...aku meninggalkan labour room dgn lemah longlainye (naik wheelchair)...Lebih 9 bulan dah berlalu...tp masih segar dlm ingatanku..terima kasih to all staff on call Ampang Puteri Specialist Hospital...


Nuraisyah Izzati Binti Muhammad Wafi

Sebaik sahaja dilahirkan...