Monday, July 23, 2012

Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand - Pertukaran Nama utilities & Cukai Part 2

Assalamualaikum & Salam Ziarah,

Minggu lepas ku ade ceritakan serba sedikit mengenai proses pertukaran nama untuk TNB, SYABAS, Indah Water & Cukai Pintu. Di sini sye ringkaskan dokumen2 yang perlu dibawa semasa proses pertukaran nama nanti :

1. TNB
- Borang pertukaran nama (diisi oleh pemilik baru & ditandatangani , borang boleh didapati di mana-mana cawangan)
- Salinan IC pemilik baru
- Salinan Perjanjian Jual Beli (S & P) 1 set (sila bawa yang asal untuk rujukan)
- Setem hasil RM 10 , 2 keping (boleh dibeli di mana-mana cawangan Pejabat Pos) & matikan setem di LHDN / bawak borang TNB then terus ke LHDN untuk matikan setem (digalakkan ambil borang dulu di mana-mana cawangan TNB baru gi matikan setem)
- Deposit / wang cagaran (amaun bergantung pada bil masing-masing, boleh rujuk pada bil TNB rumah dibeli)
- Caj proses, RM 3
- Sebelum buat pertukaran, hendaklah jelaskan tunggakan bil
- Untuk rumah ku, urusan perlu buat di cawangan Jalan Klang Lama sahaja.

2. SYABAS
- Borang pertukaran nama (diisi oleh pemilik baru & ditandatangani , borang boleh didapati di mana-mana cawangan)
- Salinan IC pemilik baru
- Salinan Perjanjian Jual Beli (S & P) 1 set (sila bawa yang asal untuk rujukan)
- Deposit / wang cagaran (RM100 - Rumah jenis teres/apartment) atau (RM150 - Semi -D atau banglo) - Caj proses, RM30
- Sebelum buat pertukaran, hendaklah jelaskan tunggakan bil
- Untuk rumah ku, urusan perlu buat di cawangan Jalan Pantai Baru, K.L

3. Indah Water
- Salinan / scan Perjanjian Jual Beli (S & P) ; halaman yang menunjukkan nama pemilik lama & baru, alamat premis dan pengesahan tandatangan kedua-dua pihak yang berkenaan.
- Dokumen tersebut boleh dihantar menerusi emel care@iwk.com.my atau dikirimkan menerusi faks ke 03-20956002 atau diposkan ke alamat berikut:-

INDAH WATER KONSORTIUM SDN BHD
JABATAN PERHUBUNGAN PELANGGAN
ARAS 1 BLOK J
PUSAT BANDAR DAMANSARA
50490 KUALA LUMPUR

- Sebelum buat pertukaran, hendaklah jelaskan tunggakan bil
- Untuk berurusan melalui emel sahaja, perlu menyatakan terlebih dahulu urusan pertukaran nama kepada IWK Customer Service, untuk memudahkan mereka memproses permohonan pertukaran nama
- Sebarang pertanyaan boleh dimajukan ke Talian Bebas Tol 1800883495 bagi keterangan lanjut

Untuk urusan pertukaran nama cukai pintu, ku masih belum dapatkan maklumat lanjut. InsyaAllah akan datang, akan ku update untuk cukai pintu.

Sekian, wallahualam.

Wednesday, July 18, 2012

Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand - Pertukaran Nama Utilities & Cukai

Assalamualaikum...Salam ziarah,

Sebegitu lame ku menunggu, ingatkan dh selesai proses semuanya, rupanya masih ada baki-baki urusan yg belum diselesaikan. Bank juga sebenarnya masih belum menyerahkan sepenuhnya amaun belian kepada owner, disebabkan dokumen2 masih belum completely transfered. Jadi, buat masa sekarang, kami perlu bayar faedah kepada pihak bank ke atas amaun yang telah diserahkan kepada owner. Urusan-urusan yang penting ini ialah :

1. Pastikan bayaran maintenance, cukai pintu, cukai tanah, indah water diselesaikan terlebih dahulu oleh owner. Jika rumah masih belum diduduki, pastikan juga bayaran TNB (elektrik) dan SYABAS (air) telah dijelaskan. Untuk kes ku, kami dah sewa rmh tu, so api air, bulanan kami dh byr sendiri, cuma yang lain-lain owner kene bayar sehingga Jun 2012 (mengikut persetujuan kami dgn owner). Selalunya, lawyer kita yang akan memastikan kesemua hutang piutang owner telah dijelaskan melalui lawyer owner, tapi lebih baik pembeli pun tahu supaya tidak timbul kekeliruan. Jika owner masih tidak menjelaskan hutang tersebut, pembeli boleh juga mendahulukan bayaran, tetapi perlu maklumkan kepada lawyer kita supaya boleh ditolak dari amaun belian yang akan dikeluarkan oleh pihak bank untuk di refund kepada kita.

2. Kesemua perkara di atas adlh penting untuk lawyer kita mempercepatkan urusan dalam mendapatkan geran baru untuk owner baru. Tetapi menurut lawyer ku, yang betul2 penting ialah, maintenance, cukai tanah dan cukai pintu.

3. Untuk kes ku, cukai tanah perlu bayar kepada management, kerana management yg akan membayar kepada pihak DBKL. Supposedly owner yang kene bayar, tetapi disebabkan ku dah dok kat rmh tu, then ku tolong bayarkan untuk mempercepatkan urusan, dalam RM 12 lebih jer utk setahun. Setelah bayar, dapatkan salinan resit bayaran cukai tanah tadi untuk diserahkan kepada lawyer kita. Cukai pintu pun sama, owner yg perlu bayar kepada DBKL direct, dan maintenance bayar kepada management (untuk rumah apartment or condo). Resit2 td perlu diserahkan kepada lawyer kita secepat mungkin untuk mereka menghantar permohonan (present) kepada DBKL utk mendptkan geran.

4. Pada tahap ni, ade lagi masalah yg timbul sebelum lawyer nak present ke DBKL, iaitu salinan IC owner tak jelas, nama dan no IC xdpt dibaca. Oleh itu, mereka tak boleh nak proceed selagi tak dptkan yang jelas kerana jika mereka still present menggunakan dokumen sedia ada, maka berkemungkinan besar, permohonan ditolak, dan permohonan semula perlu dilakukan. Proses ini akan mengambil masa yang lama. Proses ni tak melibatkan pembeli, semua urusan diuruskan oleh lawyer kita, dan sepatutnya resit2 bayaran td semuanya disediakan oleh owner melalui lawyer owner.

5. Seterusnya proses pertukaran nama untuk TNB , SYABAS, Indah Water dan Cukai Pintu. Semua proses pertukaran nama perlu dibuat di cawangan tertentu sahaja. Setiap pertukaran ada caj proses, cagaran dan lain-lain. Persediaan untuk pergi buat pertukaran nama ialah, sediakan :

a. Salinan IC
b. Salinan S n P
c. Borang pertukaran nama (borang boleh didapati di mana-mana cawangan)

Sebaik-baiknya sediakan 4 set untul salinan-salinan di atas. Untuk TNB (baru tnye TNB shj) , perlukan salinan2 di atas dan setem hasil RM 10 (2 keping), wang cagaran (bergantung pd bil elektrik masing-masing) dan wang proses RM 3. Untuk kes ku, perlu pergi ke TNB cawangan Jalan Klang Lama untuk pertukaran nama. Wang cagaran owner akan dipulangkan sendiri oleh pihak TNB. Untuk SYABAS, Indah Water dan Cukai Pintu, akan ku update setelah dpt maklumat terkini.

Sehingga ke hari ini, sudah 1 tahun dan 4 bulan proses pembelian rumah masih belum selesai. InsyaAllah dan Alhamdulillah, segalanya dalam pengetahuanNya. Setiap kesulitan atau kemudahan yang berlaku pasti ada hikmah yang tersirat. Wallahualam.

Tuesday, July 17, 2012

Sudah Sampai Janji denganNya

Assalamualaikum...

Tanggal 13hb Julai 2012, jam 3.20 petang, dengan limpahan rahmat Allah S.W.T dan restu ayah dan ibu, si kecil yang masih belum menjejakkan kaki ke tanah milik Allah telah berpindah ke alam sementara (alam barzakh) menunaikan janjinya dengan Robbul Alamin. Si comel merupakan anak buahku yg ke-12, permata hati adik perempuanku. Setiap kali mengenangkan arwah, qalbu ni merasa sayu teramat. Anak-anak buahku bagaikan anak-anakku sendiri juga, apatah lagi melihatkan keadaan diri si kecil yang terlantar di NICU selama 3 hari sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya yang tersayang. Allahu Robbi...segala-galanya dalam pengetahuan Ilmu Mu yang Maha Luas, tidaklah terjangkau dek akal fikiran hamba yang lemah ini untuk mempertikaikan segala yang telah disuratkan.

Ateh doakan agar anak buah ateh yg ateh rindu ini ditempatkan bersama org-org mukmin, dan ketahuilah..semua yang berada disekeliling ibumu amat menyayangimu dan merinduimu. Ateh tahu, anak buah ateh telah pun merasai kehadiran ibu dan ayahmu semasa di NICU, Alhamdulillah... MasyaAllah, SubhanAllah, Allahu Akbar, kuatkan semangat adik dan adik iparku dalam menghadapi dugaan yang berat ini.

Alhamdulillah..Setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap hamba yang berfikir, akan dapat berjumpa dengan rahmat Allah di sebalik kejadian-kejadian yang berlaku.

Al Fatihah buat Nur Syifa' Izara...