Assalamualaikum...
Tanggal 13hb Julai 2012, jam 3.20 petang, dengan limpahan rahmat Allah S.W.T dan restu ayah dan ibu, si kecil yang masih belum menjejakkan kaki ke tanah milik Allah telah berpindah ke alam sementara (alam barzakh) menunaikan janjinya dengan Robbul Alamin. Si comel merupakan anak buahku yg ke-12, permata hati adik perempuanku. Setiap kali mengenangkan arwah, qalbu ni merasa sayu teramat. Anak-anak buahku bagaikan anak-anakku sendiri juga, apatah lagi melihatkan keadaan diri si kecil yang terlantar di NICU selama 3 hari sebaik sahaja dilahirkan oleh ibunya yang tersayang. Allahu Robbi...segala-galanya dalam pengetahuan Ilmu Mu yang Maha Luas, tidaklah terjangkau dek akal fikiran hamba yang lemah ini untuk mempertikaikan segala yang telah disuratkan.
Ateh doakan agar anak buah ateh yg ateh rindu ini ditempatkan bersama org-org mukmin, dan ketahuilah..semua yang berada disekeliling ibumu amat menyayangimu dan merinduimu. Ateh tahu, anak buah ateh telah pun merasai kehadiran ibu dan ayahmu semasa di NICU, Alhamdulillah... MasyaAllah, SubhanAllah, Allahu Akbar, kuatkan semangat adik dan adik iparku dalam menghadapi dugaan yang berat ini.
Alhamdulillah..Setiap dugaan yang berlaku pasti ada hikmahnya. Setiap hamba yang berfikir, akan dapat berjumpa dengan rahmat Allah di sebalik kejadian-kejadian yang berlaku.
Al Fatihah buat Nur Syifa' Izara...
No comments:
Post a Comment