Sunday, January 14, 2018

Andai Ku 'Pergi' Dahulu...

Subhanallah...sudah masuk tahun 2018...namun diri ini masih byk kekurangan diri...masih lg leka...

Peringatan demi peringatan dari Allah hadir sejak dari 1 January 2018...bahawa hidup ini sementara...tp diri masih juga leka...Allahu...

Baru2 ini juga perginya seorang Murabbi...Allahu...berakhirlah episod beliau di dunia...bermula lah episod beliau di barzakh. Sedangkan kita...masih leka...Allahu...

Perasaan ini datang lagi...peringatan ini datang lagi...seolah olah memberitahu diri ini akan merasai kehilangan...sama ada insan tersayang atau diri ini sendiri yg akan 'kembali'...Allahu...

Andai diri ini pergi dulu...moga segala catatan2 ini..di ruangan ini dan di FB menjadi bekalan2 buat semua yg kenali diri ini. Titipkan doa buatku...maafkan lah diri ini yg penuh dgn kekurangan dan dosa..

Wallahualam

'Sentiasa terngiang2 lagu ni...'

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati


-Kau Sahabat Kau Teman-
Nyanyian Hijjaz

No comments:

Post a Comment