Wednesday, May 11, 2011

Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand

Kali ni nak citer tentang lawyer fees untuk S n P. Selalunya fees untuk lawyer dianggarkan sebanyak 2 % daripada harga rumah. Bagi contoh rumah RM 185,000, anggaran fees ialah RM 3,700. Maybe plus minus 2 ke 3 ratus. Begantung kepada lawyer korang. Kalau boleh maser diorang bagi quotation tu, tengok ler betul2 aper bayaran-bayaran yang di list kan.

Salah satu yang utama ialah duti setem untuk penukaran hak milik (MOT; Memorandum of Transfer) . Untuk pembelian rumah pertama, korang layak menerima 50% diskaun untuk duti setem ni. Kalau tak guna 50 % ni untuk rumah pertama, boleh guna untuk 2nd time beli rumah. So hanya dapat sekali jer diskaun untuk duti setem. Cara pengiraan duti setem ialah:

RM 100,000 pertama - 1 %
RM 101,000 - 500,000 - 2 %
RM 501,000 selebihnya - 3 %

Contoh untuk rumah berharga RM 185,000 ialah:

RM 100,000 pertama - 1 % = RM 1,000
RM 85,000 - 2 % = RM 1,700

Jumlah = RM 2,700

So, lepas diskaun, duti setem ialah RM 1,350.

Maser lawyer bagi quotation tu, minta ler diskaun untuk fees S n P ni, insyaAllah diorang akan bagi. Bolehlah ringankan beban kewangan korang.

Fees untuk lawyer bank pun lebih kurang 2 % daripada harga rumah. So untuk lawyer fees jer dah dekat 7 k untuk beli rumah ni. Jadi banyakkan la menyimpan untuk beli rumah yer. Ader jugak bank wat promotion free untuk lawyer fees. Fees ni untuk urusan loan, so bank yang akan bayar kepada lawyer kiter.

Ader jugak bank yang tak masukkan MRTA dalam jumlah loan kiter. So, kene ler bayar MRTA cash jugak. MRTA pun lebih kurang 2 % daripada harga rumah. Bergantung pada bank jugak. Ader yang rendah, ader yang tinggi. So, buatlah pilihan yang sebaiknya.

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete