Wednesday, February 6, 2013

Kebergantungan...

Salam Ziarah,

Teringat saya suatu hari naik teksi, semasa dlm perjalanan balik, pemandu teksi itu yang agak berumur itu tiba-tiba masuk topik pilihlah kerajaan untuk masa depan kita masa mengundi nanti. Perbualan demi perbualan, tiba-tiba terdengar daripada pemandu teksi itu, "Kalau kerajaan tak bagi kita duit, kita nak makan apa. Akan datang akan tiba masa kesusahan, kalau dulu boleh tanam ubi kayu, tapi skarang tanah pon takde nak tanam semua2 tu. Anak-anak pakcik semuanya masuk U dengan duit kerajaan...".

Kalau saya katakan inilah yang musuh Islam, musuh agama Allah hendakkan pada pemikiran orang-orang Islam pada akhir zaman ini, percaya atau tidak ? Ya, benar kerajaan membantu, tidak salah kenyataan itu, TETAPI...yang MEMBERI kita makan, yang MEMBUKA jalan untuk berjaya...hanyalah ALLAH SWT. Hanya dengan izinNya kita dapat makan, hanya dengan izinNya kita berjaya, hanya dengan izinNya lah kita masih hidup di dunia ini. Itulah yang dinamakan kebergantungan seseorang Hamba terhadap Robbul Alamin. Kalau takde duit, kita lapar. Kalau takde duit tak boleh naik kereta pergi sana sini. Ingatlah wahai Hamba-Hamba Allah...jika kita benar-benar bergantung harap pada Allah semata, insyaAllah segala urusan akan dipermudahkan Allah.

Percaya atau tidak, jika tak cukup duit, atau tiada duit, bagi Hamba yang beriman, akan terdetik dihatinya hendak makan. Allah Yang Maha Mengetahui isi hati HambaNya walau sebesar zarah sekalipun, dan dengan itu, datanglah makanan daripada jiran sebelah, rakan atau sesiapa sahaja yang menghulur tanpa disangka-sangka. Jika tiada kenderaan, minyak kereta kurang atau sebagainya, sebagai orang beriman, hanya kepada Allah dia berserah supaya sampai ke destinasi dan pulang dengan selamat. InsyaAllah, Allah tidak pernah mengabaikan doa-doa orang yang benar-benar BERIMAN. Tetapi jika tidak cukup IMAN di dada, sudah pastilah datang perasaan was-was, perasaan takut itu, takut ini. Bukankah perasaan was-was itu dihasut oleh syaitan yang direjam. Segala ibadah kita kepada Allah akan tertolak selagi mana ada was-was dalam DIRI. Nauzubillah.

Selagi mana kita bergelar Hamba Allah...selagi mana kita menganuti ISLAM, buangkanlah sifat kebergantungan kita kepada yang lain melainkan hanya bergantung kepada Allah SWT sahaja. Renung-renungkan...Wallahualam.

Nukilan : Yang Bernama Hamba

No comments:

Post a Comment