Tuesday, April 23, 2013

Ibadah...

Firman Allah "Tidak aku jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepadaku". (al zariyaat 56)

Salam Ziarah,
Selama-lama kita hidup di dunia ini, adakah kita sudah TAAT pada Allah, Robbul Jalil...adakah kita sudah pon melaksanakan perintahnya? Kita seringkali melakukan sesuatu kerana keinginan kita, tetapi sudahkan kita memenuhi permintaan Allah SWT.

Banyak tafsiran ibadah pada umat-umat akhir zaman sekarang ni. Ada yang berkata ibadah itu hanyalah solat yang wajib, solat2 sunat, zikir2...membaca al-quran dan sebagainya. Jadi...apakah kita bekerja, membasuh baju, memasak, menjaga anak, menaiki kereta, memakai baju...bukan ibadah?

Jika ada yang berfikiran sebegitu, ini bermakna, kita sudah ingkar dengan perintah Allah. Bukankan kalam-kalam Allah di dalam Al-Quran yang disampaikan oleh Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW merupakah perintah yang wajib kita patuhi.

Oleh itu, bagaimana sepatutnya kita beribadah kepada Allah...? Ingatlah wahai saudara-saudara ku...sesungguhnya, setiap naik turun nafas kita, setiap kelip mata kita, setiap kaki yang melangkah, mulut yang berbicara...itu semuanya adalah IBADAH kepada Allah...JIKA...setiap naik turun nafas kita, setiap kelipan mata kita, setiap butir yang berbicara, setiap kaki yang melangkah, tangan yang bekerja...semata-mata kerana kita ini Hamba Allah yang menjalankan AMANAH Allah yang telah diperintahkan sejak kita berada di dalam rahim ibu lagi.

Setiap rohani telah berjanji kepada Allah semasa di dalam rahim ibu lagi :

"Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah KERANA Allah, Robbul Alamin"

Jadi, mengapa masih lagi kita bekerja kerana gaji, kita melakukan sesuatu kerana inginkan pujian dan kita memberi sesuatu kerana mengharapkan balasan. Tidak cukupkah dengan segala nikmat kesihatan, nikmat kebahagian yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita, kerana kita masih lagi mengharapkan sesuatu balasan apabila mengerjakan sesuatu.

Nikmat yang terbesar yang Allah kurniakan pada kita...nikmat menarik dan menghembus nafas dan juga nikmat menelan air liur. Bayangkan dua nikmat ini ditarik...tidakkah terkapai-kapai kita. Masih adakah masa untuk kita mengejar keduniaan, mengejar yang tidak kekal, mengejar kebanggaan orang sekeliling yang mana orang sekeliling itu juga tidak kekal dan akan dihisab jua.

Memang mudah untuk kita melafazkan bahawa, diri ini melakukan ini hanyalah kerana Allah...tetapi sejauh mana hati kita, rohani kita membenarkan kata-kata itu. Bilamana jasad kita bergabung dengan rohani dalam membentuk insan yang benar-benar ikhlas beribadah ? Jika sudah benar diri ini ikhlas...tidak terbit lagi kata-kata mengadu domba, tidak terbit lagi kata-kata mengeluh apabila terjadinya sesuatu perkara sama ada baik atau buruk. Tidak lagi menceritakan kepada orang sekeliling tentang kehebatan dan kurniaan yang telah Allah berikan kepadanya.

Bak kata pepatah melayu "Seperti resmi padi, semakin berisi, semakin tunduk ke bumi". Itulah ibarat Hamba yang benar-benar ikhlas beribadah kepada Allah SWT. Carilah ILMU yang sebenar-benarnya ilmu...sesungguhnya hanya dengan ILMU kita dapat membentuk DIRI yang benar-benar ikhlas beribadah kepada Allah. Kenal DIRI, didik DIRI, suluh DIRI dan muhasabah DIRI...sesungguhnya hanya DIRI yang sempurna dapat mendekatkan jarak kita dengan Allah Taala dan sesungguhnya juga, hanya DIRI yang terabai akan menjauhkan lagi jarak kita dengan Allah Taala.

Wallahualam...Jagalah DIRI.

Nukilan...Yang bernama Hamba...

No comments:

Post a Comment