Tuesday, April 24, 2012

Tips & Panduan Membeli Rumah - Pengeluaran KWSP (Akaun 2)

Salam Ziarah,

Setelah dapat consent daripada DBKL, kami beberapa kali membuat permohonan untuk mengeluarkan wang KWSP daripada akaun 2. Proses ni pun daripada mudah jadi sukar disebabkan masalah tertentu. Sebelum tu saya senaraikan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk permohonan pengeluaran KWSP (perlu ada yang asal dan salinan yang disahkan oleh pegawai tertentu ataupun lawyer S n P kita pun boleh):

1. Salinan kad pengenalan pemohon
2. Salinan muka depan buku bank akaun simpanan @ surat pengesahan nombor akaun bank yang hendak dikreditkan terus oleh KWSP, kalau takder buku bank (surat ni boleh minta di mana-mana cawangan bank akaun simpanan kita)
2. Sale and Purchase Agreement
3. Jika rumah belum dapat 'title' , perlu ada surat daripada developer (selalunya surat ni lawyer S n P akan minta daripada developer untuk urusan buat S n P, jadi kalau takder, boleh minta pada lawyer S n P)
4. Kalau rumah dah dapat 'title', perlu 'consent' daripada DBKL (surat kebenaran pindah milik / mencagar tanah)
5. Offer letter daripada bank yang kita buat housing loan
6. Surat Permohonan Pengeluaran KWSP ( form ni sye pernah guna yang download drpd web KWSP, tapi tak valid , diorang akan suruh isi yang baru kat sane, maknanya, better dapatkan awal dari pejabat KWSP yang terdekat - masa sye mohon ni Mac 2012, akan datang mungkin diorang dah update)

Dokumen yang disebutkan di atas ialah untuk Pembelian Rumah Daripada Individu, kalau nak tahu dokumen yang diperlukan kalau beli daripada pemaju or ahli keluarga or lain, lain, boleh cek di sini.

Masalah yang sye hadapi ialah :

1. Alamat property yang hendak dibeli pada offer letter housing loan dengan alamat property pada S n P tak sama. Bukan 100% tak sama, tapi tak sama pada nama jalan, nama bandar. So yang ni pun kena make sure sama dan tepat.
 - So apa yang kami perlu buat ialah, minta bank tersebut keluarkan surat mengesahkan bahawa alamat yang tertulis di dalam offer letter bank tu adalah sama dengan alamat pada S n P. kedua-dua alamat menunjukkan property yang sama. Surat ni ambil masa 3 ke 4 hari. So surat ini disertakan sekali dengan offer letter housing loan.
2. Surat 'consent' yang dikeluarkan oleh DBKL ada 2 page, tapi yang bawa page depan je, so dia nak 2 page tu jugak. Sedangkan page kedua ialah signature2 je. tapi dah dia nak perlu le sediakan jugak.

So, bila dah lengkap form and dokumen, boleh la pergi ke pejabat KWSP yang terdekat. Sampai kat sane:

1. Perlu pergi ke bahagian Semakan Borang Permohonan & Dokumen dulu, baru ambil nombor. Kalau terus je beratur panjang nak ambil nombor dulu, sampai giliran kita dia akan suruk cek borang n dokumen dulu, then kena beratur lagi sekali, so elakkan lah.
2. Dah ambil nombor, boleh lah tunggu giliran untuk dipanggil.oleh pegawai bertugas.
3. Sampai giliran, dia akan cek dengan detail semua dokumen kita, kalau ada yang musykil, dia akan rujuk pada pegawai atasan, kalau tak puas hati jugak, permohonan kita tak lengkap then kena betulkan semula.
4. Lepas dia dah puas hati n dokumen kita lengkap, kita akan diberi surat kenyataan bahawa permohonan kita diterima dan sedang diproses.
5. Status permohnan kita boleh cek dari masa ke semasa melalui i-akaun KWSP kita. Mudah kan. kalau dah released duit tu, jumlah akaun 2 kita pada penyata akan berkurangan..isk...isk...tunggulah beberapa tahun lagi untuk penuhkan balik.

Jumlah yang boleh dikeluarkan ialah mengikut sayrat-syarat berikut:



PEMBELIAN RUMAH MILIK INDIVIDU

PEMBELIAN BERSAMA SUAMI / ISTERI ATAU AHLI KELUARGA TERDEKAT ATAU INDIVIDU LAIN
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Amaun perbezaan di antara harga rumah dengan jumlah pinjaman perumahan dan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada amaun maksimum yang layak dikeluarkan
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)

PINJAMAN PERUMAHAN 100%

PEMBELIAN TANPA PINJAMAN / SECARA TUNAI
10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)
Harga rumah dengan tambahan 10% daripada harga rumah
ATAU
Semua simpanan dalam Akaun 2
(Mengikut mana yang lebih rendah tidak kurang RM500.00)


Untuk maklumat lanjut, atau kemusykilan kalau guna Skim Rumah Pertama ker, boleh call terus ke bahagian khidmat pelanggan KWSP : Tel: 03-8922 6000.

Sekian, sye menulis berdasarkan pengalaman, kalau ader sebarang kesalahan dan kekurangan harap dimaafkan. Wassalam...

19 comments:

  1. hai..nk tny,bp lame masa yg di ambil utk dptkan duit kwsp tu ye?tq

    ReplyDelete
  2. A.T, sorry sye tak perasan ade comment kat sini, kalau ikutkan pegawai KWSP tu dlm masa 7 hari bekerja, tapi saya dpt dalam 3 ke 4 hari sahaja. Kalau boleh tgk kwsp melalui online, boleh tgk kat status pengeluaran tu, lagi mudah dan hati pon senang biler dh nampak pengeluaran diluluskan.

    ReplyDelete
  3. sory yea,ape yang dimaksudkn rumah milik individu ni?rumah scnd ke?

    ReplyDelete
  4. salam.... saya pun menghadapi masalah yang sama.... tapi pihak bank dan lawyer banyak membantu...

    ReplyDelete
  5. ekram, pembelian rumah milik individu tu maksudnyer, awak beli rumah tu tanpa bersama, isteri atau ahli keluarga lain. Awak buat pinjaman 'alone' utk beli rumah tu. Sbb sama ada beli rumah baru atau beli 2nd hand, syarat nak keluarkan KWSP Akaun 2 ni same ajer...hopefully membantu.

    ReplyDelete
  6. Salam Bintang Gajus, tu ler, kiter belajar drpd masalah yg kita hadap...alhamdulillah berjalan lancar...segala yg berlaku tidak akan berlaku sia-sia...segala yg diceritakn utk kemudahan teman-teman yg lain...

    ReplyDelete
  7. salam esok saya nak pergi apply pengeluaran KWSP untuk pembelian rumah individu. harap semuanya okey. terima kasih atas tips yg anda kongsikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam alkapon, insyaAllah..kalo semuanya dah lengkap...mudah-mudahan cepat ler urusan tu...

      Delete
  8. Saya dah buat permohonan pada 14-Apr. Tapi sekarang masih dalam proses. Pihak KWSP cakap prosess mengambil masa dalam 2 minggu. Tapi dalam comment ni hanya 1 minggu. Kenapa ada yang lambat dan ada yang cepat? Or memang selalunya dalam 1 minggu dah siap walaupun KWSP cakap dalam 2 minggu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear En Arix, sememangnya KWSP akan bgtau tempoh maksimum, bergantung juger pada keadaan. My fren ader 3 hari dh dapat. Ikut tempat juge. Kalo tempat yg tak ramai org, lagi cpt dpt. Kalau HQ dlm seminggu. Wallahualam..sye tulis berdasarkan pengalaman sye dn rakan-rakan yg lain.

      Delete
  9. Nak tanya, buat kata saya nak beli tanah harga about 300k, boleh ke saya bawak keluar downpayment nak bayar tanah tu dari KWSP? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam en andy, selalunyer kalau nak beli tanah or rumah or etc., kene guna duit sendiri dulu, bru leh mohon keluar epf tu. Sebab, dalam permohonan dh sebut kene ade s&p, surat kelulusan loan (offer letter) drpd pihak bank dan etc. Lain le awak leh sign s&p tanpa bayar ape2 deposit kpd tuan tanah. Wallahualam.

      Delete
  10. Bestnye...sy masih menunggu jawapan..hari tu kol pihak kwsp ckap msih dlam proses..x sangka plak ade yang lagi cepat..=)

    ReplyDelete
  11. Salam..saya firsg time beli umah..So ada sedikit soalan pada sesiapa yg sudi bantu..
    1)Biasa booking tu 3% mmg kena bayar cash kan?So balance lg 7% tu boleh tak kita tunggu duit epf baru bagi kt tuan rumah?Ke mmg kena dulukan duit kita utk yg 7% tu?Kalau duit 7% tu xde so mmg x boleh beli rumah la ye?even loan kita bank kata boleh lepas 90%??
    2)Kalau rumah harga 210k,berapa kos utk bayar bemda kt bwh ni?
    a)Snp=berapa kena byr lepas tolak 50% diskaun utk first time beli rumah?

    b)Legal fee=?

    c)Boleh listkan x ape lagi yang kena bayar berserta kos nya sekali?

    Hrp dpt bantu saya supaya senang utk saya sediakan cash yg cukup time beli rumah nanti..

    Trm ksh..Salam Ramadhan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam awe donde, maaf ler, lme tak update blog, baru melahirkan 2nd baby last July...sye tak sure awe donde dh beli or belum rumah, tp sye just jwb ikut penglaman sye ler yer, utk rujukan yg lain juger...

      1) Selalunyer, 3% tu bayar untuk booking, maksudnye nak block rumah tu drpd ditengok dan di booking oleh orang lain. Selalunyer, 3% tu utk ejen (kalau rumah dibeli atas ejen), 7% tu utk tuan rumah. Yang 7% ni tak silap sye (betulkan jika sye silap-dh hampir terluper), kene bagi pada owner, melalui lawyer selepas dah confirm dapat loan offer daripada bank. Maknanyer, dah confirm boleh buat loan..sbb ade jugak kes yang loan tak lepas, then 3% tu akan burn camtu ajer. So, untuk selamat, kire ler dulu komitmen (Tips & Panduan Membeli Rumah 2nd Hand- Part 1 ).

      Slalunye, mmg kene dahulukan duit sendiri utk 3% + 7%, sbb EPF boleh dikeluarkan lepas dah sign S n P baru. Yesza, kalo nak beli rumah 2nd, mmg kene ade 10% cash. Pinjam ler drpd sesiapa dulu, tp make sure byr blk lepas dpt EPF la yer. Kalau ade duit sendiri lagi baik.

      2) Untuk duti stem = 50% drpd 2% x 210 000, iaitu RM2100. Untuk lawyer fees yang lain, bergantung pd firma guaman tu sendiri ler. Setiap lawyer berbeza yuran yang lain2 tu. So tak dpt nak senaraikan utk lawyer fees. Tp yg sure duti setem tu mmg wajib ade.

      Lawyer fees ade 2, utk lawyer S n P dan lawyer loan bank. Ade setengah bank bagi free for lawyer fees untuk loan. So, dah jimat kat situ. Just bayar for lawyer S n P jer. Kalau bank tak offer, then cari ler lawyer panel untuk bank nak buat loan tu, then die jugak buat utk S n P, so leh ler dpt kurangkan sikit lawyer fees.

      Untuk selamat rsenyer awe donde kene ade RM 8 k - 10 k utk lawyer S n P and lawyer loan bank. Then, 10% deposit, RM 21 k. Kalau beli rumah baru, banyak jimat cash, sbb byk bg free, 0 deposit, S n P free dll. Kalau rumah 2nd cenggini ler..byk guna cash. Tapi boleh negotiate dgn lawyer, byr habis lps keluarkan EPF ker..ikut ler mne yg memudahkan dua2 pihak.

      Harap membantu yer awe donde...berdasarkan pengalaman n pengetahuan yg sikit ni...Wallahualam...

      Delete
  12. kalau saya telah membuat pengeluaran pertama dan record dalam sistem kwsp pengelauran pertaman merujuk kepada master title. Apabila saya nak buat pengeluaran kedua, rumah pertamam sudah pindah milik kepada suami saya atas dasar kasih sayang dan geran strata title adalah dirujukkan semasa MOT. Tetapi, kwsp kata kerana sistem mereka record master title dan MOT (borang K14N)adalah strata title, maka mereka suruh saya pergi ke pejabat tanah untuk medapatkan certified true copy of mater title, Adakah itu benar ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ms/Mr Soh, utk kes mcm ni sye tak berapa pasti...lebih baik rujuk kepada pihak yg berkenaan iaitu KWSP...jika itu yg mereka advised, sediakan dokumen yg diperlukan secukupnya supaya dipermudahkan urusan.

      Delete
  13. Salam Faz fiena,

    Boleh bg saya email add? Sy nak Tanya psl epf.. hehhe

    anispenmerah@yahoo.com.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...
      senn_na187@yahoo.com

      Delete